Khamis, Mei 31, 2012


Disebabkan kerakusan puak - puak Pakatan Pembangkang merampas hak rakyat di Selangor, maka satu drama khas bakal disiarkan tak lama lagi.

Kalau korang nak tau apa ceritanya, klik pada link yang disediakan kat bawah tu nanti. Ianya kes padang awam yang ada di Kelana Jaya.

Inilah akibatnya kalau suka sangat merampas harta rakyat. Diorang biasanya dok tuduh pihak Kerajaan je yang buat kerja ni. Tapi, bila kena batang hidung sendiri, baru diorang tau langit tinggi rendah. Baru Padan Muka Diorang!!!
BERTEMU pelakon cantik ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah masa terbaik untuk dia bercerita mengenai saat indah yang bakal ditempuhi.

Mungkin juga dia cuba mengalih perbualan daripada ditanya kemelut lama atau ingin terus meletak sepenuhnya fokus kepada jalan cerah di hadapan.

Jelas Izreen Azmindar Mohd Aznam, 26, kini tiada lagi rasa gusar menyelubungi jiwanya kerana apa yang mampu disimpulkan, semua kisah pahit itu sudah lama berlalu. 

Apa yang menjadi keutamaannya kini, perancangan meniti alam perkahwinan dan mengorak langkah sebagai anak seni terlanjur rezeki datang melimpah-ruah.


“Alhamdulillah dan saya bersyukur dengan apa yang sudah tersurat buat saya. Inilah yang dikatakan takdir yang sudah ditentukan buat kita sebagai manusia.


"Walaupun pernah saya tidak henti menangis kerana mengenangkan nasib menjadi pendatang baru dalam dunia lakonan serta kisah kontroversi yang pernah mengaitkan nama saya sebelum ini, akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan.


“Siapa sangka, selepas hampir enam tahun sebagai pelakon, baru kini saya rasa selesa dengan kepercayaan daripada banyak produksi serta peminat mula buka mata dengan bakat yang dipamerkan. Alhamdulillah kerana usaha dan kesungguhan ini akhirnya diberikan ganjaran yang setimpal dan mampu saya anggap hadiah buat diri sendiri.

“Sekarang apa yang penting adalah terus berusaha memperbaiki mana yang kurang dan lemah selain terus memasang niat untuk menjadi yang terbaik,” katanya yang baru saja selesai penggambaran drama siri Jangan Ambil Padang Kami dan bersedia ke set drama Suri pula selepas ini. - seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping