Jumaat, Jun 29, 2012


Sebelum ini kecoh bila Si Azan Ismail mendedahkan yang dia pernah ditawarkan wang habuan sebanyak RM5 juta semata - mata untuk melompat parti.

Persoalan mula timbul dikalangan rakyat dikawasan Indera Mahkota sendiri tatkala berita itu mula tersebar. Mereka bertanya, kenapa baru sekarang dia nak bukak cerita?

Jelas, Si Azan Ismail ni dah ketandusan idea untuk berpolitik. Nama dia dah semakin buruk. Bukan setakat di Terengganu, malah dikawasan Parlimen dia sendiri.

Spekulasi mengenai isu ni bukannya perkara baru. Tetapi dah lama sejak dia mula tak puas hati dengan Pengerusi PKR Pahang iaitu Si Fauzi Pendek. Masa tu dia hilang arah.

Umum tahu yang Si Fauzi Pendek tu anak buah kesayangan Si Ketua Penipu. Jadi, tindakan Azan yang mengutuk Fauzi Pendek tidak disenangi oleh Si Ketua Penipu.

Pada ketika itulah, Si Azan ni mula menghimpit beberapa pemimpin UMNO dan bercadang nak keluar dari parti akibat rasa kecewa dia dalam PKR.

Dia dikatakan membuat beberapa tuntutan sebelum mengambil tindakan tersebut. Malang bagi dia, tuntutan tersebut tidak diendahkan.

Untuk membuktikan yang dia bersungguh - sungguh nak keluar parti, dia bawak 300 orang lagi ahli PKR dari cabang dia mengambil langkah tersebut.

Sepatutnya Azan turut serta mengambil tindakan tersebut bersama - sama 300 orang ahli tu. Tapi, disaat - saat akhir, dia tarik diri.

Akhirnya, dia diumumkan sebagai Pengerusi PKR Terengganu yang baru. Mungkin, PKR takut kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka, maka jawatan tu diberikan kepadanya.

Tapi, apa nak heran dengan diorang ni ye tak. Demi nak kekal menjadi calon dalam Pilihan Raya akan datang, apa sahaja diorang sanggup lakukan. 

Termasuk la berbohong secara terang - terangan dan buat cerita yang bukan - bukan. Jika betul dia pernah ditawarkan habuan sebelum ini, kenapa dia tak laporkan kepada SPRM?

Kenapa baru hari ini dia bukak cerita sedangkan cerita yang sebelum ini dia tak nak pulak dedahkan kepada orang ramai?

Nampak sangat Si Azan ni dalam keadaan terdesak untuk menaikkan nama dia dan memulihkan imej dia dimata Si Ketua Penipu. Itu je tujuan dia sebenarnya. Nak tak nak, dia kena la menipu jugak!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Kalau betul dia nak kena kan orang BN..takde susah pun ..buat temujanji bila nak bertemu dan ambil duit tu tetapi pada masa yang sama buat laporan kat SPRM...sudah tentu pihak SPRM pasang perangkap..

    BalasPadam
  2. Dekat pilihanraya ada je azan bersuara.Apa macam dh datang melawat Indera Mahkota!Kalau isu baik ok juga,konon nak beritahu raayat "AKU NI LAKU"
    Seronok Jadi YB diperantauan kan!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping