Isnin, September 03, 2012


Pergh!!! Pedih... Itu je la ayat yang mampu diluahkan. Beruntung la siapa yang dapat Che Ita kita ni. 'Package' lengkap. Cantik, seksi, menawan. Tambahan pulak, siap ada bonus. Kahwin satu dapat dua!!!
DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan jejaka kacak, muda dan popular, Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan berasal dari selatan tanah air. 
Sebelum ini, beberapa pelakon lelaki muda dan kacak sering dikaitkan dengannya, termasuk juara Akademi Fantasia musim kelapan Shahir, Zain Saidin dan terbaru, Beego. 
Pelakon asal Alor Setar, Kedah itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan intim dengan ahli perniagaan berasal dari Singapura.



Menurut sumber yang memberitahu berita gembira ini kepada Selebriti, lelaki yang mahu menikahi Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Cik Ta itu bukan ahli perniagaan berasal dari Singapura, sebaliknya menetap dan mempunyai empayar perniagaan di Johor Bahru, Johor. 

Mereka berdua dikatakan sudah lama berkenalan dan ternyata apa ditegaskan Cik Ta sebelum ini bahawa dia dan semua pelakon muda dan kacak itu hanya kawan rapat adalah benar. 
Jejaka yang dipanggil dengan panggilan Bob itu dikatakan sudah lama melamar Rozita, namun baru sekarang pelakon yang popular dengan siri drama Kiah Pekasam itu bersetuju.
Categories:

2 ulasan:

  1. dah jodoh tak kemana betul tak bro?
    From: http://www.klik-aje.com/

    BalasPadam
  2. Dia nak laki yg ada harta bertimbun x abis makan, maintenance tinggi macik ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping