Isnin, September 03, 2012



Kagum dan teruja betul Murai Batu bila dapat tahu yang penyanyi dan pelakon Nurul Wahab kini benar-benar mahu menulis secara serius.

Kalau sesiapa masih ingat, Nurul Wahab pernah menulis sebuah buku biografi tentang dirinya. Waktu itu, buku biografi tersebut diterbitkan sewaktu Nurul Wahab bercerai bekas suaminya, Ajai yang juga merupakan komposer terkemuka di Malaysia.

Kini, selepas sekian lama, Nurul Wahab dikatakan mahu menyambung kembali minatnya menulis itu. Tetapi, bukan menerusi sebuah lagi buku. 

Sebaliknya, Nurul Wahab mahu menulis secara online iaitu menerusi blognya sendiri. Alasannya, online adalah sebuah media baru dan ketika ini ramai yang lebih memilih media baru daripada media konvensional.

Khabarnya, jika tiada aral melintang, Nurul Wahab akan mula aktif menulis pada hujung minggu ini. Dalam blog tersebut, Nurul Wahab akan menyentuh banyak isu dan perkara iaitu tentang dirinya, kerjaya seninya serta bisnesnya.

Kalau nak tahu perkembangan lanjut tentang Nurul Wahab, jangan lupa ikuti blognya nanti dan untuk mengetahui bila blognya akan dilancarkan nanti, ikuti Nurul Wahab di akaun twitter miliknya @NurulWHB.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping