Jumaat, September 21, 2012



KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengakui desas-desus yang bertiup kencang mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon juga pengacara, Qushairi Razali sudah tiada lagi.

Perkara itu disahkan Yuna pada sidang media konsert sulungnya, Yuna Homecoming Concert di Damansara, di sini, petang semalam. 

Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.


“Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. 

Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.



“Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.


Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing. 

Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga. 

“Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. 

"Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat. Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu. 

“Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana,” katanya.

Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping