Di kalangan penggerak dan penyokong PKR di Selangor sendiri rasa kurang senang dengan tindakan Pejabat MB yang gemar mewujudkan jurang antara Istana dan Kerajaan Negeri.
Memang dalam kes tertentu, Khalid lebih banyak menyalah SUK. Namun, di kalangan orang PKR sendiri maklum bahawa hubungan Istana Selangor dan Pejabat MB berada di tahapnya yang paling rendah dan meresahkan.
Di kalangan Ketua Cabang, ada yang merungut bahawa situasi ini tidak menguntungkan PKR dalam jangka masa panjang. Sangat membahayakan.
Mereka selalu mengingatkan pimpinan PKR Selangor bahawa peranan dan kedudukan Sultan masih lagi mampu menjadi faktor penentu dalam suasana politik sukar.
Kalau Kerajaan Negeri Selangor terus mengambil sikap kurang ajar, mengenepikan kepentingan Tuanku – jangan harap Istana akan memberikan muka kepada pimpinan Negeri satu masa nanti.
Keretakan hubungan Pejabat MB dan Istana ini bukan lagi omong kosong. Semua orang tahu. Khususnya di Istana dan SUK.
Semua orang maklum bahawa hubungan ini jadi begini kerana status Penasihat Ekonomi yang hampir diletakkan setara dengan kedudukan Sultan. Kalangan kerabat dan petugas Istana juga tak senang dengan keadaan yang akan banyak merencatkan hubungan kerajaan Negeri dan Istana.
Khalid memang tak pernah nak jaga hati Duli Tuanku. Ikut sedap rasa, Khalid pun khabarnya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat kepada beberapa pemimpin strategik DAP.
Kit Siang antara nama yang pernah dicadangkan untuk menerima Darjah Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) Kelas Pertama. - seterusnya...
Ps: Si Godfather Kit Siang tu yang nak diberi gelaran Dato? Tak payah la!!! Buat rugi je. Apa sumbangan yang dah dia bagi kepada rakyat Malaysia selama hari ni/ Buat menyusahkan orang lagi ada la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.