Kalau semalam kita dengar parti liar yang berlaku di sebuah pulau melibatkan penggunaan dadah jenis syabu oleh segelintir wanita dan lelaki.
Kali ni, satu kes yang serupa jugak turut dikenal pasti berlaku di Kuala Lumpur sendiri. Tu pun puak - puak Parti Angguk Saja tak sedar. Benda berlaku depan mata diorang sendiri.
Kalau dilihatkan, parti liar yang diberi nama 'Janji Demokrasi' tu mengundang pelbagai jenis maksiat ditempat awam. Kalau itu fatwa PKR, Haram Hukumnya.
Bagi PKR, kalau nak buat maksiat pergi ke tempat tertutup. Baru la tak berdosa hukumnya. Halal belaka. Tapi, benda Haram tu jugak la yang diorang suka buat, ye tak. Itu pasal pemimpin diorang sering kantoi buat kerja Haramjadah!!!
Selama ini, pemimpim pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi.Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran.Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.