Rabu, September 05, 2012


Kalau tadi, Semut siarkan gambar dan artikel pasal Ustaz Nasha bertemu dengan ILMU. Diikutkan, tak de apa sangat la cerita pasal pertemuan tersebut.

Bak kata Pakatan Pembangkang tu, ianya dianggap sebagai 'Non-Issue'. Tapi, kalau ianya 'Non-Issue', kenapa diorang lemparkan tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan?

Kenapa diorang nak tuduh ILMU bayar atau beli Ustaz Nasha? Kalau ianya 'Non-Issue' kenapa perlu dikecam pertemuan tersebut?

Semua tu menunjukkan yang mereka memang 'Panas Punggung' bila ada orang kenamaan dikalangan mereka berbaik dengan UMNO. Itu hakikat yang mereka tak boleh terima. 

Tinggal lagi, jangan diorang meroyan pulak bila baca artikel dibawah ni!!! Entah apa pulak la fitnah dan tuduhan yang diorang akan lemparkan kelak. Jangan diorang kata dia dapat projek macam diorang tuduh Amy hari tu sudah la!!!
KUALA LUMPUR - Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.

“Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi,” katanya, kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.

Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran untuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.

“Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak,” katanya.
Ps: Mujur la Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei tu bukan Melayu. Kalau tidak, dah tentu dia pun masuk UMNO jugak. Bertambah meroyan la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nanti!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping