Rabu, September 05, 2012


Awal pagi tadi, sahabat baik Semut keluarkan satu artikel yang agak skeptikal mengenai Si Penayang Punggung tu. Kata dia, 2,3 hari lagi bebas la mamat tu.

Rupanya tak sampai 2,3 hari pun. Kurang dari 24jam dia dah dibebaskan dengan jaminan Polis. Agaknya, Si Mamat tu akan dibicarakan atau tidak?
KUALA LUMPUR: Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.  
"Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Ku berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. - Bernama
Tertanya - tanya jugak, bila puak - puak yang kibar bendera Haramjadah tu nak serahkan diri? Adakah mereka berani tampil? 

Kalau tengok gayanya, berani sangat diorang keluarkan kenyataan dalam blog dan mengaku kata diorang buat bendera tu. 

Sekarang, pihak Polis dah keluarkan arahan, kenapa tak berani pulak diorang nak serah diri? Takkan diorang setakat berani nak kibar bendera tapi tak berani nak mengaku pulak kot!!! Kalau setakat berani cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Kan aku da cakap..skejap je,pastu lepas la..apa lg undang2 malaysia bole wat..xde pe pon,takat tu je...
    Pasni tgu la kot2 ada puak2 tu baling bungkus taik kt PM @ Sultan..
    Ye lah,apa nak takut..setakat kena tangkap besok lepas laa...

    BalasPadam
  2. ISA sulah tiala maaa... apa mau takut, polis bukan boleh bikin apa sikalang..
    Toceh itu najib pm kasi hapus itu ISA.. wa manyak suka sama ini olang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping