Ramai dikalangan rakyat Selangor sekarang tertanya - tanya. Berapa sebenarnya jumlah rizab yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Khalid Gagap?
Soalan itu timbul apabila khabar angin sekarang menceritakan mengenai penyelewengan Rejim Khalid yang nak menjual aset milik anak syarikatnya.
Jika sebelum ini, Khalid sering mendabik dada mengatakan bahawa rizab Rejim dibawah pimpinannya banyak sehingga melebihi dari sebelum ini.
Angka rizab tu katanya hampir mencecah berjuta - juta ringgit. Kononnya, kata Khalid, ianya hasil daripada kaedah dia menjimatkan wang perbelanjaan Negeri.
Kalau rizab tu banyak, untuk apa lagi dia nak ambik tindakan menjual aset - aset milik anak syarikat Negeri ni? Kalau dijual, hasilnya nanti nak digunakan untuk apa?
Kalau ianya untuk membantu menjaga Kebajikan Rakyat, kenapa tak digunakan rizab yang bernilai berjuta - juta tu sahaja? Kenapa pulak sampai nak kena jual benda lain?
Maka persoalan rakyat, adakah tindakan Rejim Khalid nak menjual aset - aset syarikat tersebut bagi memenuhkan kantung poket kroni - kroni dia sendiri?
Atau adakah tindakan tersebut juga merupakan salah satu langkah untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Ye la. Mana la kita tau ye tak. Kalau sebelum ni, puak - puak Pakatan Pembangkang ni sanggup lelong barang - barang peribadi diorang sendiri.
Jadi, kali ni, apa salahnya kalau diorang pulak 'Tolong' lelong barang - barang yang dimiliki oleh rakyat macam aset - aset lima buah syarikat tersebut.
Kalau nak dimintak penjelasan nanti, entah apa pulak alasan - alasan bodoh yang akan diberikan oleh Si Khalid Gagap ni. Maklum la, Penipu Rakyat la katakan.
Yang SPRM pulak tunggu apa lagi? Takkan nak berpeluk tubuh je kot sambil goyang kaki tengok semua benda ni berlaku? Ambik la tindakan!!! Takkan la semua kerja pun nak orang suruh jugak kot!!!
“Saya tak nampak ada keperluan kerajaan negeri Selangor menjual aset-aset tersebut. Apakah kerajaan negeri Selangor tidak ada aliran tunai sehingga terpaksa menjual aset-aset sebagaimana yang berlaku kepada Yayasan Selangor dan aset-aset Selangor yang lain? Menteri Besar harus beri penjelasan mengenai perkara ini.“Jadi saya nampak kenyataan Menteri Besar ini memang bercanggah. Satu waktu mengatakan Selangor ada RM1.8 bilion rizab kerajaan negeri, jadi apa perlu menjual aset PKNS?” ujar beliau ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini yang meminta Khalid menafikan khabar angin kerajaan negeri mahu menjual sebahagian aset milik PKNS. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.