Ahad, Oktober 28, 2012


Apa la gunannya ada Majlis Agama Islam Negeri kalau benda macam ni berlaku depan mata  pun diorang buat - buat tak tau je. 

Takkan la nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ni dah berpecah belah baru diorang nak ambik tindakan kot. Masa tu baru diorang nak komen?

Tapi apa nak heran ye tak. Sedangkan kes - kes khalwat yang banyak berlaku sebelum ni pun diorang pejam mata je, ini kan pulak kalau Masjid pun jadi pusat Politik.

Lagi la diorang tak heran. Sebab tu la diorang cuba mengelakkan diri dari terus memberikan sebarang respon mengenai isi kandungan Khutbah sebelum ini.

Persoalannya, adalah Majlis Agama Islam Negeri ni sengaja nak lepas tangan dari menangani masalah sedemikian berlaku secara berterusan?

Adakah mereka menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan yang cuba menanam sifat Kebencian sesama umat Islam?

Takkan la sebuah Majlis Agama  hanya nak jadi penonton tatkala umat Islam berpecah belah macam ni atau mereka sekadar nak jadi batu api?

Sepatutnya, sebuah Majlis Agama ni tugasnya memantau perkembangan dan berusaha mencari jalan untuk merapatkan ukhwah dikalangan umat Islam. Bukannya setakat lepas tangan macam tu aje!!!
KOTA BHARU 27 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) enggan mengulas tindakan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) yang didakwa telah mengeluarkan teks khutbah Aidiladha mengelirukan dan menyeru kepada perpecahan serta menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Setiausahanya, Che Hamat Che Muda ketika diajukan perkara tersebut berpendapat, masalah berkenaan tidak berapa sesuai dibincangkan dalam suasana umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha termasuk melakukan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran.

"Tak berapa sesuai nak komen sekarang," katanya ketika ditemui dalam Majlis Korban Aidiladha 1433 Hijrah anjuran Maik di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. LEBIH SESUAI UTK KOMEN 15 THN DRP SKRG .....

    BalasPadam
  2. Makan gaji buta lah tu. Kalau bab berborak kat kedai kopi tak kira waktu rehat. Kalau di biarkan orang yang tak bertanggungjawab memegang amanah alamat hancus dan berkecai beri bukan lagi berpecah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping