Ahad, Oktober 28, 2012


Kalau ada sesiapa yang menyentuh Khalid Ibrahim, Faekah Hussin merupakan orang yang paling awak ke hadapan. 

Walaupun sebagai SETPOL, bukan semua benda yang Faekah tahu tetapi kejalangannya sangat terserlah. 

Walaupun Khalid Ibrahim memang sah sudah jatuh tertiarap makan penyepak, Faekah Hussin tetap ke hadapan untuk membela Khalid Ibrahim.

Tetapi nampaknya dalam isu penjualan lima aset PKNS kepada sebuah syarikat yang merupakan milik kroni Khalid Ibrahim sendiri, Faekah Hussin nampaknya terdiam dan langsung tidak bersuara. 

Kalau nak katakan, Faekah sedang sibuk berhari raya korban, amatlah mustahil kerana semasa hari raya fitrah hari tu, mulutnya tetap becok walaupun mukanya dah kurang berminyak.

Desakan demi desakan terhadap Khalid Ibrahim untuk menerangkan atau memberikan penjelasan berhubung penjualan aset-aset PKNS itu memandangkan sebelum ini, Khalid Ibrahim dan barisan Exco Negeri Selangor cukup gah dengan cakap besar mereka, kononnya PKNS tidak rugi, bahkan mencatatkan keuntungan besar.

Pemindahan wang dari PKNS untuk pembiayaan aktiviti Pakatan Rakyat di Selangor dan di seluruh Malaysia, bukanlah perkara rahsia. 

Bahkan tidak sahaja PKNS yang telah dimiskinkan, tetapi juga beberapa agensi yang lain termasuklah YBK, UNISEL, KDE dan sebagainya.

Kecenderungan Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor untuk menjual tanah dan aset agensi-agensi terbabit, begitu ketara. 

Dengan beralasankan, untuk penyelesaian kewangan, Khalid Ibrahim dan kerajaannya menghalalkan PENCURIAN BESAR-BESARAN harta rakyat Selangor untuk membiayai tembolok dan perut mereka sendiri.

Nampaknya kali ini, Khalid Ibrahim sekali lagi cuba melarikan diri daripada memberikan penjelasan berhubung urusan penjualan yang sangat meragukan itu.

Satu persoalan besar yang perlu dijawab, kalau dijual, ke mana perginya duit ratusan juta ringgit itu? Atau sebenarnya urusan PEROMPAKAN dan pencurian itu dilakukan dengan berselindung di sebalik urusan penjualan. 

Padahal sebenarnya dipindahkan kepada kroni-kroni dan rakyat Selangor perlu membayar harganya menerusi kenaikan cukai pintu dan cukai tanah sepertimana yang berlaku dalam SKANDAL TALAM GATE!!! - Sumber Asal
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping