Ahad, Oktober 28, 2012



Keadaan ini terjadi bukanlah kerana bot suami sudah hanyut dipukul ribut atau 'GPS' suaminya sudah rosak hingga tak ingat jalan pulang ke rumah, namun menurut sumber SS, sebabnya kerana suami tadi sudah 'tangkap syok' dekat perempuan lain.

Perempuan yang baru dikenalinya itu pula kerjanya suka mengejar lelaki poket tebal. Jadi menurut sumber SS, dia tak kisah langsung dengan status lelaki berkenaan asalkan RM dalam poketnya tebal. 

Bukannya perempuan itu tak tahu si lelaki itu sudah beristeri, malah dia pun kenal dengan isteri lelaki berkenaan yang wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan majalah hiburan. 

Hendak salahkan perempuan itu 100 peratus tak boleh juga kerana kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Cuba kalau lelaki itu tidak melayannya pasti perempuan itu tidak berani mendekatinya. 

Tak tahulah apa istimewanya perempuan itu sehingga suami artis itu sanggup meninggalkannya. 

Memang tak patut benar lelaki itu melayan isterinya sedemikian rupa kerana SS tengok artis itu masih cantik jelita dan pinggang ramping bak kerengga.

Perempuan gatal itu macam tidak ingat karma. Suatu hari nanti pasti ada wanita lain pula muncul untuk merampas lelaki itu daripadanya. 

Masa itu, barulah dia tahu betapa sakitnya hati apabila orang dikasihi dikebas orang. Namun kalau dasar cinta berasaskan materialistik, ada juga yang tidak kisah berkongsi kasih.

Janji kalau akhirnya terpaksa berpisah pun, dia akan dapat rumah, kereta besar dengan duit berlonggok dalam akaun bank. 

Justeru apalah sangat dengan cinta sejati, asalkan dapat hidup mewah, tak perlulah terlalu mengagungkan cinta. 

Baru-baru ini, rakan SS tadi ada terserempak dengan artis itu. Katanya, tubuh artis itu dah nampak susut benar, tak tahulah sama ada dia kehilangan berat badan kerana merana dengan sikap suaminya atau pun dia memang nak kuruskan badannya. 

Apa pun, SS harap artis itu bersabar dengan dugaan yang sedang dilaluinya ketika ini. Sambil itu, jangan lupa berdoa agar suaminya menemui jalan balik ke rumah mereka semula. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping