Khamis, Oktober 11, 2012


Hah!!! Nak pulak Si Khalid Gagap ni mengaku bahawa kes 'Liwat' ni memang berlaku. Kenapa selama ni dia tak nak pulak mengakuinya?

Bila dah timbul isu yang ada kaitan dengan dia, baru la dia sedar diri. Baru la dia nak buat pengakuan terang - terangan. Tapi, itu pun dia masih tak sedar diri lagi.

Semalam, Si Khalid Gagap ni mengakui bahawa dalam PKR memang wujud krisis dalaman dan ianya semakin hari semakin bertambah buruk.

Walaupun dia mengakui perkara tersebut, Si Khalid Gagap ni masih lagi menganggap bahawa isu berkaitan dengan diri dia tu sebagai satu isu yang kecil.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui berlaku krisis dalaman di antara pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.
Beliau bagaimanapun menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti itu sebagai 'satu komen biasa' selain berharap isu tersebut dapat diselesaikan di peringkat dalaman parti.
"Itu satu komen yang biasa, politik dalaman PKR. Saya sentiasa berpendirian ia boleh diselesai secara dalaman," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini.
Diminta mengulas apakah tindakan lanjut yang akan diambil terhadap Faekah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan.
Menurutnya, beliau berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan melalui perbincangan secara berterusan tanpa didedahkan kepada umum.
"Saya serahkan pada perbincangan. Tidak menjadi masalah kepada saya. Perbincangan secara berterusan tetapi bukan untuk pengetahuan umum," katanya.
Khalid berkata demikian mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya negeri, Borhan Aman Shah, yang mahukan parti bertindak tegas terhadap Faekah.
Isu kecik Kepala Tengkorak Dia!!! Bukan sorang dua yang desak suruh dipecat Si Faekah tu. Malah hampir seluruh kepimpinan PKR Selangor yang buat desakan tersebut.

Kalau setakat orang PKR je yang bagi pandangan, tahan la jugak. Ini sampai ke puak - puak DAPigs dan PAS pun masuk campur, isu kecik menda kejadahnya!!!

Mengaku je la yang PKR tu memang banyak masalah. Tak payah la dia susah - susah nak menipu rakyat tak tentu arah ni. Buat mengabihkan masa je!!! Bukannya mendatangkan faedah pun!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kesian la siFekah tu dah la anak dara tua..kalau dibuang makin meroyan la dia..projek dlm kerajaan selangor belum puas dia nak sebat..korang tak kesian kee..tapi persoalannya kenapa soal pemecatan anak dara tua ni sigagap ni serahkan kepada pengurusan PKR bukan ke jawatan tu terletak dibawah bidang kuasa dia..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping