Memang patut pun Si Ketua Penipu terdiam bila dia kena 'sound' dengan Datuk Dr. Harun Din ni. Selama ni lantang sangat dia bercakap.
Kalau sebelum ni, Si Ketua Penipu tu jugak yang sering mendabik dada mengatakan yang KONONnya dia ni seorang pejuang Islam.
Tapi, bila Haron Din dedahkan tembelang dia, tau pulak dia terdiam. Nampak sangat la dia dah songeh. Itu la, siapa suruh dia suka sangat cakap besar.
Tinggal lagi, kenapa puak - puak PAS tu masih jugak nak sokong Si Ketua Penipu tu sedangkan dia bukan seorang yang tegar nak memperjuangkan Islam?
Adakah PAS hari ini sekadar Gila Kuasa sehingga sanggup mengadaikan benda lain bagi memenuhi tujuan tersebut? Atau adakah mereka ni dah buta belaka?
Kenapa pemimpin - pemimpin PAS seperti Khalid Gereja tu hanya memberikan tumpuan kepada kenyataan Ustaz Nasha sahaja dan tidak kepada kenyataan Dr. Haron Din?
Diorang takut ke nak kritik Dr. Haron Din atau memang hakikatnya diorang bersetuju dengan beliau bahawa Si Ketua Penipu tu bukan seorang pejuang Islam?
Adakah bagi diorang maruah DAPigs tu lebih penting dan perlu diselamatkan dari maruah Si Ketua Penipu tu yang jelas nak meliberalkan Islam secara terang - terangan?
Sudah - sudah la kita kena tipu dek kerakusan pemimpin - pemimpin Parti Angguk Saja macam Si Khalid Gereja tu. Orang macam dia memang jenis manusia yang pentingkan diri sendiri. Bukannya dia nak memperjuangkan Islam sangat pun!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menempelaknya bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dari India.Beliau yang ditemui di lobi Parlimen hanya mengeleng kepalanya dan berlalu pergi, selepas enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan Antarapos.Haron ketika dihubungi Antarapos sebelum ini menyifatkan tindakan Anwar bersekongkol dengan Mobashar Jawed Akbar sebagai tindakan yang tidak direstui PAS."Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri."Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapat keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tidak macam kita," kata Haron.Anwar sebelum ini menjemput Akbar yang merupakan bekas Ahli Parlimen India untuk melancarkan bukunya berjudul,"Tinderbox: The Past and Future of Pakistan".
SElama ini Anwar Ibrahim amat selesa dengan sokongan Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas yang sentiasa 'membela' Anwar Ibrahim dalam semua perkara yang dilakukan. Bagi Nik Aziz segala isu yang membabitkan Anwar Ibrahim adalah 'fitnah'. Kembang hidung Anwar Ibrahim dinuatnya. Belum pernah terdengar Nik Aziz pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Harun Din pula dikhabarkan pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Haron Din juga terkenal kerana kedalaman Ilmu Islamnya dan pendapatnya sentiasa dirujuk kepada Kehendak Islam.
BalasPadamAnwar Ibrahim tahu kewibawaan Haron Din mengatasi Nik Aziz. Setakat yang diketahwi, Anwar Ibrahim tidak pernah melabelkan Haron Din dengan lebel jelek tetapi pernah melabel Nik Aziz dengan perkataan berbau penghinaan. Justeru apabila Haron Din memberi sedikit 'tamparan' dimuka Anwar Ibrahim, walau pun sakitnya amat terasa, Anwar Ibrahim tidak berani mengulas atau membalas balik 'tamparan' tersebut kerana dia sedar apa yang dia katakan akan mengundang malapetaka yang lebih teruk lagi.
Cuma satu perkara yang masih menjadi teka teki ialah mengapa Haron Din masih mengunakan pendekatan 'deplomasi' keatas tindak tanduk Anwar Ibrahim dalam banyak perkara yang melibatkan soal AQIDAH umat Islam khasnya di Malaysia. Sebagai ulamak dan individu yang dihormati tidakkah lebih baik jika Haron Din berterus terang menceritakan apa yang dia tahu mengenai Anwar Ibrahim? Saya percaya Haron Din tahu banyak perkara mengenai keburukan dan kebobrokan Anwar Ibrahim. Haron Din sepatutnya mengambil kesempatan 'HIDUP SEBELUM MATI' untuk membetulkan kepincangan yang sedang berlaku ini. Wallahualam.
mtk
Padan Muka nuar
BalasPadamBanyak tuch orang yang kaya' gini..
BalasPadamPerlu dimusnakan
Link back yach
mungkin dato harun din baru sedar pkr mengutamakan politik dari islam atau sebaliknya.
BalasPadam