Khamis, Oktober 11, 2012


Pengalaman dua tahun mengembangkan karier seni di Jepun, mungkin ramai beranggapan dia cukup bertuah mendapat peluang sebegitu. 

Namun hakikatnya sepanjang membina kerjaya di sana merupakan satu pengalaman 'pahit' tapi manis bagi model, penyanyi juga personaliti TV popular, Hannah Tan. Figura kacukan Cina-Kelabit ni merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album di Jepun.

Berkongsi pengalaman dengan malaysiadigest.com, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Sarah Tan berkata setahun yang pertama penghijrahan di matahari terbit itu, boleh dikata setiap hari dia menangis. 

Berdepan dengan jadual kerja yang sangat padat, menerima tekanan daripada pihak pengurusan juga orang sekeliling yang mahukan dia melakukan yang terbaik setiap masa. 

Melalui kehidupan dalam suasana serta budaya yang berbeza termasuklah bahasa pertuturan. Ditambah dengan persaingan yang sangat sengit daripada artis negara itu sendiri. Itu antara cabaran yang terpaksa dilalui.

Namun wanita berusia 31 tahun ni tiada pilahan lain melainkan perlu bekerja keras setiap hari demi menjadikan pengorbanannya berbaloi. Sekaligus membuktikan anak Malaysia tidak mudah berputus asa dan mampu berjaya.

"Setahun yang pertama setiap hari saya menangis. Saya telefon ibu saya dan katakan padanya yang saya mahu balik Malaysia. Sampai satu tahap, saya terasa seperti saat itu juga mahu dapatkan tiket kapal terbang dan balik!"

"Di sana saya dibuli. Budaya kerja di sana sangat berbeza dengan di sini. Pihak pengurusan saya sangat tegas. Setiap hari saya menerima tekanan ditambah dengan jadual kerja yang padat. Tak cukup tidur. Pendek kata, kerja, kerja dan kerja. Persaingan di sana sangat sengit. 

"Dalam masa enam bulan pihak pengurusan mahu saya mahir bertutur dan membaca dalam bahasa Jepun. Saya ikuti kelas sepanjang itu. 

Selain tu saya pernah dijadualkan membuat persembahan di 40 buah tempat seluruh Jepun dalam masa dua bulan. Beerti saya membuat dua persembahan dalam sehari. 

Pergaulan saya juga terbatas. Saya tak boleh membuat apa-apa sesuka hati. Ke mana saya pergi, ada pengawal yang mengiringi. Saya tak ada ramai kawan. 

Bila balik ke sini, ramai sangka saya ada teman lelaki berbangsa Jepun. Tapi hakikatnya memang tak ada. Tak sempat pun nak cari", ceritanya dengan panjang lebar sambil tersenyum.


Ps: Nah!!! Siapa kata duduk kat Negara lain lagi bagus dari duduk kat Negara sendiri? Macam mana puak - puak Pakatan tu boleh kata duduk kat Negara orang lagi mudah?

Kalau diorang rasa mudah duduk kat Negara orang lain, maka dipersilakan la untuk diorang berambus dari bumi Malaysia ni. Pergi la duduk kat negara yang diorang rasa bagus sangat tu. Jangan dok menyemak kat Malaysia ni!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping