Rabu, November 14, 2012


Ini kisah untuk budak - budak yang tak baligh lagi tu. kisah ni perlu jugak kita sampaikan takut nanti budak - budak tu tak faham pulak.

Tapi, satu je peringatan Semut buat budak - budak tu. Kalau dia rasa dia tu masih lagi budak - budak, baik tak payah jadi pemimpin la. Suruh je dia duduk rumah, jaga suami dan anak - anak. Jangan nak menyusahkan orang je kerjanya!!!
SEREMBAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro pembangkang, Malaysiakini yang turut melaporkan kenyataannya berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu.

Ahmad Zahid berkata, ini berikutan portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan yang sama seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama.

''Kalau mahu saman Utusan Malaysia, saman sekali Malaysiakini, kalau dia berani. Apabila terdesak salahkan orang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat Bersama Warga Kem Sikamat di pekarangan Kem Rejimen 4 Artileri Diraja, Kem Sikamat, dekat sini malam tadi.

Tegasnya, soal agama tidak boleh dijadikan permainan politik sebaliknya bidang politik seharusnya digunakan untuk memperkuatkan agama.

''Tetapi Nurul Izzah mengatakan orang Melayu yang beragama Islam apabila berumur 21 tahun ke atas, mereka bebas untuk memilih agama.

''Ini bermaksud beliau menyalahtafsirkan ayat al-Quran, oleh itu bagi kita sama ada ada dalam UMNO mahupun parti lain, orang Melayu ialah orang yang beragama Islam kerana itu termaktub dalam Perlembagaan.

''Maka kita perlu mempertahankan bahawa orang Islam tidak boleh memeluk agama lain kerana kita kekal sebagai orang Islam bukan kerana hanya keturunan tetapi berpandukan rukun Iman dan Islam," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping