Wakakaka!!! nak pecah perut beb bila terbaca cerita yang sedih meruntun jiwa Si Mahfuz ni. Awal - awal pagi lagi dia dah buat lawak tahap Gampang Style.
Kononnya, Si Mahfuz tu kata pemimpin - pemimpin Parti Angguk Saja ni sedia untuk dikritik secara terbuka dan mampu menerima kritikan tu untuk kebaikan.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun bakal berhadapan dengan kritikan ahli lain, mereka akan menerima perkara tersebut secara terbuka dan telus.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah mengenai perkara tersebut dan berharap ia dapat membantu parti itu pada masa hadapan.
“Saya percaya ia akan menjadikan pemimpin parti bersikap lebih matang, berintegriti dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Saya terbuka dalam hal ini dan sedia untuk dikritik,” katanya.
Ceh!!! Nampak sangat la Si Mahfuz ni sekadar nak main wayang je sebenarnya. Hakikatnya, Parti Angguk Saja ni mana boleh kena kritik.
Hari tu, orang buat forum, menasihati agar parti tu kembali ke landasan asal perjuangan dan mengkaji kedudukan mereka dalam Pakatan. Apa respon yang diberikan?
Orang yang buat forum tu dituduh sebagai golongan bermasalah dan dakwaan mereka hanya satu pembohongan semata - mata. Walhal yang buat forum tu ahli sendiri.
Itu belum cerita pasal bagaimana diorang hentam Ustaz Nasharuddin Mat Isa lagi dalam isu yang sama. Siap diorang tuduh Ustaz Nasha sebagai alat kepada UMNO lagi.
Dan nasib yang paling malang menimpa Datuk Dr. Hassan Ali yang menasihatkan parti tersebut agar tidak turut serta dalam Himpunan 901.
Kata Dr. Hassan, buat apa PAS nak sokong seorang Peliwat yang memang jelas meliwat orang lain? Tup, tup, terus Dr. Hassan Ali kena pecat.
Sebab apa dia kena pecat? Adakah sebab dia tak sokong Si Ketua Penipu atau sebab dia bagi nasihat kepada Parti Angguk Saja tu?
Macam tu ke yang Si Mahfuz ni kata parti PAS ni sedia untuk dikritik dan terbuka untuk menerima kritikan? Kalau kritikan tu dalam bentuk memuji - muji, mungkin la. Tapi kalau sebaliknya, tunggu la lepas muktamar nanti. Ramai yang kena pecat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.