Rabu, November 21, 2012


Wah!!! Kalau baca tajuk tu, tentu korang akan fikir betapa hebatnya lelaki tu sampai boleh membuatkan ribuan orang mak janda gila pada dia.

Tapi, sayangnya, janda tu bukan la yang macam dalam gambar kat atas tu. Dan lelaki tu pulak sebenarnya tak de la sehebat mana pun.

Cuma lelaki tu hanya menjadi buruan ibu - ibu tunggal seramai 2020 orang tu sahaja. Semuanya gara - gara janji - janji manis memikat kalbu yang telah dibuat sebelum ini.

Inilah masalahnya bila berjanji tak dapat nak ditunaikan. Dia buat ibu - ibu tunggal tu macam kekasih dia je. Masa nak mengorat, berjanji bukan main.

Kalau boleh, nak digapai bulan dilangit, nak dipetik bintang diangkasa. Demi menunaikan janji tu, lautan api pun sanggup direnangi kata dia.

Tapi, bila dah dapat apa yang dicita dan diimpi - impikan oleh lelaki tu, ibu - ibu tunggal tu semuanya dibiarkan begitu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Sekarang, baru la orang tahu sifat kasanova Si Khalid Gagap tu. Bab nak mengayat ni memang la dia pandai. Tinggal lagi, setakat tu je la pandai dia pun. Pandai bercakap. Bila suruh dilaksana, satu hapah pun dia tak mampu nak buat!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM 19 Nov. - Sebanyak 2,020 ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor pada Khamis ini bagi menuntut elaun kepada golongan tersebut seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Menurut peguam dari firma guaman Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad yang mewakili kesemua ibu tunggal tersebut, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

‘‘Writ saman dan pernyataan tuntutan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Khamis ini kira-kira pukul 9.30 pagi,’’ katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan lebih 10,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mengemukakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri kerana tidak menikmati elaun seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang, empat tahun lalu.

Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Mortini Kasman berkata, tindakan itu diambil berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih gagal menunaikan apa yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping