Setelah puas bersilat dan bertaichi dengan masalah isu air di Selangor ni, Si Khalid Gagap tu akhirnya hanya mampu menepuk dahi dia sendiri.
Ianya ekoran rumahnya sendiri dan beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling, Klang dan Seksyen 7 Shah alam tidak mendapat bekalan air.
Kita harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh orang lain sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Si Khalid Gagap ni pulak.
Masalah ini adalah konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu loji penapisan tidak lagi mampu menampung jumlah permintaan yang meningkat.
Walaupun ketika ini Negara sering mengalami hujan yang lebat setiap hari, kandungan air di loji Selangor tidak menunjukkan peningkatan malah mengalami kemerosotan.
Namun setelah musim hujan reda, kandungan air akan semakin berkurangan dan sedikit sahaja peningkatan dalam penggunaan ternyata mampu menyebabkan kehabisan bekalan.
Kini, segala apa yang dibimbangkan oleh rakyat telah pun menjadi nyata dan yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat tetapi juga Si Khalid Gagap tu sendiri.
Rejim Pakatan Selangor masih lagi nak menafikan penyelesaian yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat melalui projek Langat 2 dengan memberi gambaran yang bukan - bukan.
Walaupun telah diperjelaskan berkali-kali oleh pihak yang berpengalaman dan juga pakar-mereka tetap juga berdegil untuk menggunakan penyelesaian mereka sendiri.
Mereka menolak mentah-mentah keputusan yang dibuat walaupun mereka tahu bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendalam oleh berbagai pihak.
Malang sungguh bagi rakyat Selangor apabila dalam kedegilan itu, Rejim Pakatan Selangor masih GAGAL menemui penyelesaian yang lebih baik dari Langat 2.
Kini, mereka cuba pula mengkaji cadangan-cadangan lain yang mana pasti mengambil masa kerana setiap cadangan akan memerlukan kajian yang mendalam juga.
Akibatnya masa terbuang begitu saja tanpa apa-apa tindakan penyelesaian yang mampu membantu mengurangkan kebimbangan rakyat.
Dalam keghairahan mereka terus mempolitikkan isu air ni, tak pasal - pasal je Si Khalid Gagap tu sendiri terpaksa melalui keperitan hidup tanpa bekalan air.
Walaupun kesengsaraan yang dilaluinya tidak lama, namun sekurang-kurangnya dia kini merasai akibat dari sikapnya yang berpolitik tanpa batasan.
Tinggal lagi, kalau ditanya puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu, memang itulah jawapan yang akan diorang bagi. Rakyat tak perlu susah. Kalau tak de air, tadah je air hujan!!!
Kalau dah jenis manusia yang tak sedar diri macam Si Khalid Gagap tu, jangan harap la dia nak insaf dengan apa yang berlaku. Jenis manusia yang akalnya letak kat Kepala Lutut, sampai sudah pun dia boleh buat tak tau!!! Bukannya dia berjuang untuk rakyat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.