Khamis, November 29, 2012


Siapa lagi yang mahir menggunakan tukul dan pahat kalau bukan tukang kayu? Tapi, waima tukang kayu sekali pun masih ada maruah.

Tak de la macam Si Ketua Penipu dan konco - konco dia tu. Walaupun Pakatan Pembangkang tu dah dapat tawan 4 buah Negeri, tapi dia masih jugak nak bising - bising.

Dia tetap jugak nak tuduh SPR ni berlaku tak adil. Masih jugak dia nak tuduh Pilihan Raya di Malaysia ni kotor dan sebagainya.

Malah, bukan setakat itu sahaja yang dia mampu buat. Dia jugak sanggup melacurkan diri dia sampai ke Australia semata - mata nak buat tuduhan yang bukan - bukan.

Memang kena sangat la peribahasa 'Rumah Dah Siap, Pahat Masih Berbunyi' tu ditujukan kepada Si Ketua Penipu ni. Dia cakap orang tak reti buat kerja. 

Walhal yang dia menang dalam Pilihan Raya dulu tu sebab apa? Sebab SPR berlaku tak adil jugak ke? Sebab Pilihan Raya di Malaysia ni kotor? Kepala Hotak dia la!!! Setakat pandai tuduh je, menda jadahnya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diibaratkan Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.

"Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.

Anwar sebelum ini meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil.

Bagaimanapun permintaannya itu ditolak  Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia  tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

Anwar juga dilapor memberitahu Carr beliua punya bukti tentang penipuan pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Tindakan itu bingkas dibidas Najib yang mengatakan "kalau tidak pandai menari, janganlah lantai dikata jongkang jongkit."

"Misalnya, Suruhanjaya Pilihan Raya yakni SPR difitnah bertubi-tubi. Sehinggakan tunjuk perasaan dianjur.

"Kita tahu, mereka lakukan ini sebagai tindakan awal jangka. Sebab, seandainya mereka kalah dalam pilihan raya nanti, bukan faktor tidak mendapat sokongan rakyat akan dibangkitkan namun, pihak SPR lah yang akan disalahkan dan dianggap tidak adil serta tidak berwibawa," kata Najib.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping