Ahad, November 18, 2012


Alamak!!! Memalukan betul la puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni berdegar - degar sangat nak merampas Putrajaya.

Tapi rupanya dalam parti diorang ni sendiri pun tak cukup calon. Jadi, macam mana nak rampas Putrajaya kelak kalau dah sorang calon kena bertanding dua kerusi?

Tu pun Si Husam Kambing kata diorang kena menang 60 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Nak sediakan 60 orang calon pun tak mampu, lagi nak rampas Putrajaya ke? Sedar la diri sikit woi!!!
KOTA BHARU - Pengecualian tertentu akan diberikan oleh Pas Pusat untuk membenarkan pemimpin Pas bertanding dua kerusi pada pilihan raya umum ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
   
Beliau berkata pada dasarnya pucuk pimpinan bersetuju hanya memperuntukkan satu kerusi kepada setiap calon untuk bertanding tetapi pemberian dua kerusi boleh diberikan atas sebab-sebab tertentu.
   
"Terpulang kepada Pas Pusat yang akan turun ke bawah bagi mendengar cadangan berkenaan. Seboleh-bolehnya kita berikan satu kerusi tetapi pengecualian tertentu boleh diberikan dua kerusi untuk ditandingi," katanya pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Kali-58 di Pusat Tarbiah Islamiah di sini hari ini.
   
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.
   
Mustafa berkata kini pembahagian kerusi bagi calon Pas sudah 90 peratus selesai terutama di Sabah dan Sarawak.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping