Ahad, November 04, 2012


Kegagalan Ketua Pembangkang mendapatkan persetujuan sekutunya iaitu DAP dan Pas menyebabkan mereka sehingga kini gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.

Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai oleh Si Ketua Penipu tu daripada PKR, DAP dan Pas itu disebabkan para pemimpin setiap parti berkenaan bercita-cita besar.

Semuanya mahu menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.
"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan coalition, tetapi perjanjian secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana masing-masing mahu jadi pemimpin.
"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman Pembangunan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang berada selama tiga hari di sini sejak semalam dijemput khas kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ditandatangani.

Dr. Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji berbuat demikian sejak 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.

Dr. Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan membangunkan negara.

Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah memerintah selama 55 tahun.

Ps: Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang macam tu. Diorang tu setakat pandai bercakap je. Tapi bila dicabar suruh buat, Satu Hapah Pun Diorang Tak Reti!!! Setakat bercakap je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping