Rabu, November 21, 2012


Kalau dah namanya Parti Kelirukan Rakyat, apa lagi yang kita boleh harapkan? Memang diorang tu pun tak boleh diharap. Suka buat kerja yang bukan - bukan.

Tapi yang herannya, dikalangan diorang sendiri pun masih ada yang keliru. Jadi, untuk kita yang tak de kaitan lansung dengan diorang ni, takkan kita pun nak keliru jugak?

Sudah - sudah la menyokong parti yang memperjuangkan Kebebasan Agama tu. Walhal, dalam parti diorang pun tak bebas. Lagi kita nak sokong buat apa!!! Mengabihkan masa je. Diorang bukannya memperjuangkan rakyat, tapi menipu je kerjanya!!!
PKR Perak semakin celaru selepas beberapa pemimpin di lima cabang di negeri ini didakwa mula meluah rasa tidak puas hati terhadap pimpinan mereka.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, pemimpin di lima cabang itu ada menemuinya dan bercerita mengenai masalah dan ketidakpuasan hati mereka.
Tidak mendedahkan nama cabang terbabit, Fauzi mendakwa, ketidakpuasan hati itu di tahap serius dan mungkin boleh menjejaskan peluang PKR Perak menang Pilihan Raya Umum-ke-13 (PRU13).
“Ada antara mereka terdiri daripada ketua cabang, pengarah pilihan raya dan beberapa pemimpin kanan.
“Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin pemimpin-pemimpin yang kecewa ini tidak akan dilayan oleh pimpinan Negeri Perak,” dedahnya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, mengulas pergolakan Pakatan Rakyat (PR) Tambun, beliau berkata, PKR sebenarnya mengharapkan jentera pilihan raya Pas untuk mempertahankan dua kerusi di Parlimen Tambun.
Katanya, PKR Tambun perlu mengakui hubungan antara mereka dengan Pas memang sedang bergolak kerana PKR cabang itu hanya bergantung pada jentera Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Menurutnya, wajar untuk Pas menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kinta itu dari PKR kerana parti itu lebih banyak bekerja untuk menang PRU13.
“Pas di Parlimen Tambun itu dilihat seperti orang suruhan PKR sedangkan kerusi itu bukan milik mereka. Keahlian PKR di Tambun juga tidaklah begitu banyak sebenarnya jika dibandingkan dengan Pas.
“Saya berani cabar Ketua PKR Cabang Tambun, Dzulkifly Ibrahim bertanding salah satu daripada dua kerusi  PKR kalau benar  kerjasama mereka dengan Pas baik,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping