Haduhai!!! Ada jugak orang yang hilang akal sanggup suruh Si Nurul Izzah ni buat kerja macam tu ye. Tak takut ke kalau Si Nurul Izzah tu saman dia nanti?
Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Si Nurul Izzah tu takkan mungkin akan buat benda - benda macam ni. Dia takkan berani.
Apa yang dia mampu buat hanya mengikut jejak langkah Papa dia sahaja. Dan Papa dia pun tak berani nak buat benda macam ni. Takkan la dia pulak berani kot.
Sebelum ini, Papa dia juga pernah dicabar untuk bersumpah didalam masjid bagi membuktikan bahawa dia berada dipihak yang benar.
Dan benda ni dah dilakukan bukan sekali dua. Tapi dah banyak kali. Itu pun kalau Papa dia rasa yang dia tak buat apa yang dituduh oleh pihak - pihak tertentu.
Pun, sampai sekarang Papa dia bagi alasan yang bukan - bukan bagi mengelakkan diri dari melakukan perkara tersebut. Lagi kita nak harap Si Nurul Izzah ni buat sebaliknya?
Jangan mimpi la. Buat mengabihkan masa je. Tambahan pulak, Papa dia dah cakap. Orang yang nak angkat sumpah ni mesti orang yang tak menipu. Jadi, mana mungkin Si Nurul Izzah ni berani nak ambik tindakan sedemikian!!!
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sekali lagi digesa bersumpah di masjid bagi menafikan kenyataan kontroversi beliau berhubung kebebasan beragama baru-baru ini.Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan itu perlu bagi membersihkan nama dan imej beliau sebagai seorang wanita muslimah disegani."Kita meminta Nurul Izzah bersumpah bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"."Ini merupakan satu-satunya cara bagi membuktikan kebenaran, sekali gus membersihkan nama beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kontroversi kenyataan Nurul Izzah itu yang dibuat sewaktu menjawab soalan seorang Ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim dalam sebuah forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, dekat sini baru-baru ini.Menurut Mohd. Shahar, Nurul Izzah juga tidak wajar mengikut 'rentak politik' ayahnya yang suka memanipulasikan kenyataan demi kepentingan sendiri."Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati serta berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan, sekiranya terlanjur kata perlu mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf," jelasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.