Ha... Inilah yang orang kata 'Kerana Mulut, Badan Binasa' ni. Bila dah kena asak, dah jadi pertikaian dan didakwa membawa ajaran songsang, baru la nak menyesal.
Dah tak guna dah kalau dia nak menyesal pun. Semut dah cakap dah sebelum ni. Nasi tu dah jadi basi. Tak sempat jadi bubur. Kalau jadi bubur, tahan la masih boleh makan.
Sekarang, Si pembaca doa tu pun dah terasa 'panas' bila setiap hari dibakar dan dipersalahkan oleh rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri.
Dengan kenyataan yang diberikan bahawa pembacaan doa tersebut adalah pilihan dia sendiri, maka memang sah la ahli - ahli PAS yang turut bersolat hajat malam tu kena tipu.
Memang betul la kata sahabat Semut sebelum ini dimana dia sendiri pun hanya mampu menggelengkan kepala dan terkejut dengan kejadian tu. (Klik Sini)
Jadi, tak payah la susah - susah pencacai - pencacai Pakatan tu sibuk bebenar nak mempertahankan tindakan yang telah dibuat oleh Si Pembaca Doa.
Dah memang sah diorang ni bukannya memperjuangkan Islam. Setakat nak menghalalkan cara je!!! Lepas tu, menipu rakyat dan ahli - ahli sendiri. Macam dah tak de kerja lain. Suka sangat mengabihkan masa je kerjanya!!!
KOTA BHARU: Adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat semalam meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan beliau selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya lapor Sinar Harian.Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional(BN) ketika solat Hajat sempena Muktamar PAS ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.