Pening - pening dia ni pun, masih ada jugak orang nak kat dia ek? Tapi, apa boleh buat. Itu la jodoh namanya. Semua tu ketentuan Allah S.W.T.
Apa yang penting kita perlu redha kepada Ketentuan Allah. Jangan pulak sampai nak mintak doa demi kehancuran pulak. Itu dia sendiri mau ingat la kan. Baik kita mintak, baik la kita dapat. Kalau buruk yang kita mintak, faham - faham sendiri la ye!!!
SEJAUH mana kebenaran gosip yang sedang bertiup kencang, wallahualam SS sendiri tidak pasti selagi tiada sebarang pengesahan dibuat oleh si empunya badan sendiri.
Apa yang pasti, daripada foto dan status yang dikemas kini di dalam Instagram itu, baru-baru ini bagai menyuarakan hasrat hati pelakon Abby Abadi untuk menamatkan zaman jandanya.
Teman SS yang juga ‘follower’ Abby sempat menunjukkan SS beberapa keping gambar antaranya kunjungan Abby ke kedai bunga, selain foto Abby bersama seorang lelaki sedang memegang kad yang tertera ayat ‘Marry me!’ dan ‘You and Me’.Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat SS dengan jelas kerana kad berukuran A4 ‘paper’ itu menutup wajah lelaki berkenaan.
Lantaran daripada pendedahan gambar-gambar berkenaan, SS sempat melihat beberapa komen peminat yang ditunjukkan teman SS melalui ‘smart phone’ nya. Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Abby.
Apapun, SS masih menantikan kiriman kad perkahwinan Abby kepada wartawan di RAP sebagai mengesahkan bahawa segala yang tersaksi di Instagram bukanlah satu gurauan, sebaliknya kebenaran. Harapan SS juga semoga perkahwinan bakal ditempuhinya kali ini berkekalan hingga ke anak cucu.
Ps: Agak - agak, Ostad mana la yang dapat kat dia ni ek? Jangan Ostad yang bagi 'kaunseling' pukul 3 pagi dalam bilik Hotel dengan bini orang tu sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.