Ahad, Disember 02, 2012


KOTA BHARU – Perbincangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) Cina di negeri itu semalam mencapai kata sepakat mengenai isu kedai gunting rambut yang tercetus sejak seminggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan muhibah kedua belah pihak itu adalah untuk mendengar pandangan kedua belah pihak dan mencari jalan penyelesaian.

“Perbincangan ini berlangsung dengan baik dan kami turut menerima beberapa cadangan dari pihak NGO untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang berkesan dan disetujui semua pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Isu ini dibangkit setelah seorang pemilik kedai gunting rambut di KB Mall, di sini mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan sejak 2010, kerana mendapati adanya pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut untuk pelanggan lelaki bukan Islam, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.


Turut hadir dalam pertemuan tersebut, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew.



“Hari ini kami berbesar hati menerima cadangan ini untuk dibawa ke mesyuarat exco minggu hadapan dan hari ini bukan perjumpaan terakhir kerana kami akan duduk berbincang kembali jika masih berlaku sebarang kekeliruan,” katanya.


Beliau berkata, cadangan yang diberikan pihak NGO merupakan cadangan yang sangat baik dan yakin dapat membantu menyelesaikan isu yang dialami.


“Kami tidak boleh beritahu sekarang tentang cadangan yang dibincangkan dan selepas mesyuarat exco nanti kami akan beritahu semua jalan penyelesaiannya,” katanya.

Ps: Macam ni diorang kata nak memperjuangkan Islam? Macam ni caranya diorang nak memartabatkan Islam di Malaysia ni?

Baru kena 'grip' dek puak - puak DAPigs tu dah menggelupor tak tentu arah. Lagi diorang nak tipu rakyat kata diorang nak melaksanakan Hudud?

Sudah la!!! Jangan nak mimpi disiang hari. Berenti la menipu rakyat ni. Baru kena gertak sikit, dah ketar kepala lutut. Nak jadi pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!! Buat mengabihkan beras je!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. si luncai ni dah terjerat dengan permainan politik

    BalasPadam
  2. PAS sekarang ni mana ada jati diri..mereka ni umpama saekor kura2 yang berani mengeluarkan kepala pabila orang tiada tetapi pabila terserempak dengan orang terus masukkan kepala didalam cengkeramnya..tapi yang pasti melayu PAS cuma berani menunjuk samseng keatas kaum sebangsa dan seagama sahaja, mereka cuma jaguh dalam membuat fitnah, pembohongan, menjatuhkan marua orang lain, menjadi pacacai, barua ,kuli batak dan tentera upahan kepada puak DAP dan nuar brahi sahaja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping