Ahad, Disember 02, 2012


Rasanya korang semua dah tau bahawa penyanyi terkenal, Amy Search ni datang dan turut hadir di Perhimpunan Agung UMNO kali ni kan.

Walaupun dalam kesempitan waktu, Amy masih lagi dapat meluangkan masa untuk mendengar sesi perbahasan demi perbahasan yang dibuat oleh para perwakilan.

Dan bukan hanya Amy sorang je yang datang. Ramai jugak artis yang sekarang ni dah berani tunjuk muka. Dulu diorang ni 'low profile' bila bercerita bab Politik ni.

Jadi, memang jelas la bahawa dakwaan Si Minah Pening tu sebelum ini hanya satu dakwaan yang dibuat tanpa berdasarkan fakta semata - mata. Dia buat andaian sesuka hati dia je.

Dengan kehadiran artis - artis ni membuktikan bahawa mereka sebenarnya peka dengan perkembangan Politik. Tidak seperti mana yang didakwa oleh Si Minah pening tu.

Apa, dia ingat dia sorang je ke yang celik bab Politik ni? Sorry la!!! Jangan ingat orang lain tu semuanya buta. Yang dia je tak tau tanggungjawab pasal mengundi. Orang lain semua ok je. Itu pun dia masih nak membanggakan diri ke? Ostazah menda jadahnya macam tu!!!
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2012 menjadi sejarah kepada lagenda rock tanah air, Suhaimi Abd Rahman yang dikenali sebagai Amy Search apabila beliau buat pertama kalinya menghadiri perhimpunan agung berkenaan.
Beliau yang menyertai UMNO pada bulan Mei yang lalu menjadi perhatian umum dan perwakilan yang berada di PWTC petang padi.
Ketika ditemui, Amy menyifatkan perhimpunan agung UMNO tersebut adalah sesuatu yang cukup menarik apatah lagi ianya dapat melihat secara langsung perbahasan oleh wakil-wakil UMNO negeri yang berucap.
“Sebelum ini saya hanya melihat Perhimpunan Agung UMNO menerusi televisyen mahu pun akhbar-akhbar yang menyiarkan laporan perjalanan perhimpunan parti UMNO itu.
“Hari ini saya dapat melihatnya dengan lebih dekat  perhimpunan yang cukup besar ini dan saya cukup gembira dan teruja. Perasaan itu tidak dapat dinafikan.. Memang teruja…“ katanya kepada UMNO-Online.
Pada bulan Mei yang lalu, Amy bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Menurutnya beliau bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.
Ditanya harapan beliau, Amy yang kelihatan ceria mahukan sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat negara.
“Saya dalam industri muzik 30 tahun. Harapkan sesuatu yang baik untuk rakyat negara ini secara menyeluruh,“ ujarnya.
Ps: Siapa kata tak boleh cerita pasal artis dalam blog Politik?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping