Ahad, Disember 02, 2012


Memang tak boleh kata apa la kalau dia sendiri yang cakap macam ni. Dah tentu - tentu tak de orang pun yang berani nak lawan dengan dia.

Sedangkan masa dia batuk pasal isu salon gunting rambut hari tu pun dah dah boleh buat puak - puak Parti Angguk Saja tu menggelupor, kali ni tak tau la apa diorang nak buat.

Yang jelas, dia terpaksa jugak akui bahawa kewibawaan yang dimiliki oleh Datuk Seri Najib tu memang lain dari yang lain. Tak macam Si Ketua Penipu tu.

Kalau nak dibandingkan dengan Si Ketua Penipu tu memang sejauh langit dan bumi. Datuk Seri Najib buat demi mendahulukan rakyat. Sebab itu banyak bantuan yang dia berikan.

Tapi Si Ketua Penipu tu pulak hanya sekadar mampu untuk menabur fitnah je hari - hari. Lepas tu menipu, itu je la kerja dia pun. Bukannya dia ada kerja lain.

Itu pun dia buat bukan untuk orang lain. Tapi untuk kepentingan diri dia sendiri jugak demi memenuhi nafsu rakus dia nak jadi Perdana Menteri.

Rasanya, Si Karpal ni lebih kenal siapa dia Si Ketua Penipu tu yang sebenarnya dari kita - kita yang diluar ni. Maklum la, dia jugak yang buat desakan agar dilucutkan jawatan Si Ketua Penipu tu dulu akibat kes liwat. Tu pasal la dia puji Datuk Seri Najib!!!
AIR ITAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sedang cuba sehabis terbaik untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.
 
Menurutnya, kesungguhan Najib itu dilihat daripada usaha kerap turun padang untuk mendekati rakyat dalam proses transformasi yang diperkenalkannya.

"Beliau dilihat bekerja keras untuk mendapatkan mandat rakyat namun segalanya bergantung sama ada beliau mencapai sasaran beliau atau tidak. Semuanya akan terbukti pada keputusan pilihan raya kelak.

"Beliau juga dilihat begitu komited bagi menjayakan program transformasinya sehingga melepasi kemampuan sendiri. Beliau bekerja keras untuk dapat semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional(BN)," katanya kepada media.

Menurutnya, Najib tidak pernah mendapat mandat rasmi daripada rakyat kerana beliau mengambil jawatan itu daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.

"Dengan itu, beliau perlu mendapat mandat dari rakyat berdasarkan kedudukan politik beliau sendiri.

"Bagi mendapatkan mandat rakyat, beliau memperkenalkan banyak program dan ia akan ditentukan rakyat kelak sama ada rakyat mahukan kepimpinan dia atau tidak," katanya.

Karpal berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Najib mampu untuk mendapatkan mandat daripada rakyat dalam program transformasi yang diusahakannya itu.

Sebelum ini, Najib memperkenalkan banyak program menerusi program transformasi yang diperkenalkan, antaranya Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. jelez la tu,,, biala dia,, yang pasti kita tau kita sendiri ni sape,,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/aku-bekas-peminat-bola-tegar-seperti.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping