GELENG kepala SS mendengar kisah seorang pengacara wanita ini yang SS namakan sebagai XX yang bunyinya seakan kemaruk sangat apabila terlalu ghairah mahu menggantikan tempat seorang rakan pengacara sebuah program yang sakit, baru-baru ini.
Khabarnya ketika pembikinan program itu sedang berlangsung di sebuah lokasi, pengacara asal program itu jatuh sakit. Namun sakitnya tidaklah terlalu teruk dan pulih dengan segera.
Mendengar situasi itu, sumber berkata XX beriya-iya terus menawarkan dirinya kepada pihak penerbitan rancangan itu untuk menggantikan tempat rakan pengacara yang kurang sihat itu.
XX kemudiannya dihantar ke lokasi berkenaan dengan dia dengan penuh teruja mahu menjalankan tugas yang diberikan kepadanya oleh pihak terbabit.
Namun sampai saja di lokasi rakaman, pengacara asal pula yang terkejut kerana tiba-tiba dimaklumkan XX datang semata-mata mahu menggantikan tempatnya sedangkan dia bukannya sakit terlantar sampai tak boleh bangun.
Jadi, rakaman program itu tetap diteruskan seperti perancangan awal lalu membuatkan XX menjadi ‘rentan’, malu dan sentap.
Sia-sia saja dia datang untuk bertugas kerana akhirnya semua berjalan dengan lancar semula macam tidak ada apa-apa berlaku.
Ketika itu, XX sendiri tidak tahu apa nak buat dan dia akhirnya terpaksa kemas barang dan pulang saja ke rumah.
Itulah, lain kali SS nak pesan jangan terlalu ghairah membuat sebarang tindakan dan siasat dulu betul-betul apa yang berlaku agar diri sendiri yang tidak malu.
Ia boleh menjadi satu pengajaran yang berguna kepada pengacara itu sendiri. Dengan erti kata lain, janganlah gilakan sangat populariti hingga sanggup berbuat perkara dan akhirnya diri sendiri yang ditertawakan orang.
Ps: Kemaruknya artis ni macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu pulak dah perangainya. Jenis tak tau malu.
Punya ghairah nak ganti tempat orang sampai apa pun dia sanggup buat. penyudahnya malu dirisendiri. Sekarang tak pasal - pasal je malu. Mana nak taruk muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.