Selasa, Disember 18, 2012


Apa lagi yang nak dijelaskan mengenai puak - puak Pakatan Pembangkang ni? Semuany dah terdedah belaka. Dah tak payah nak tutup - tutup dah.

Rakyat Malaysia pun dah tengok keseluruhan rupa paras diorang. Dan seperti yang Semut selalu kata, setiap pendedahan itu ibarat membogelkan Pakatan.

Jadi, kita pun dah nampak kudis dan panau yang ada pada puak - puak Haramjadah ni. Tinggal lagi, semuanya terpulang pada rakyat untuk menilai. Yang pasti, puak - puak Pakatan ni memang tak layak jadi pemimpin!!!
Penganalisis politik menyifatkan tindakan DAP melantik semula calon yang tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) semalam hanya untuk menjaga imej parti itu. 
Malah, Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusoff berkata keputusan perwakilan parti menolak calon Melayu menghancurkan strategi rapi yang diatur pucuk pimpinan DAP untuk mencanang parti itu sebagai harapan baru untuk semua kaum dan bangsa.  
"DAP sekarang ini gagal. Dia ada hasrat yang baik untuk mengubah landskap politik negara, tetapi dia gagal untuk mengubah pemikiran dari dalam terlebih dahulu. Jika begitu, DAP hanya dilihat sebagai kesinambungan kepada parti perkauman yang lain. 
"Hendak kata DAP ini rasis atau menolak calon Melayu atau sebagainya, saya tidak rasa sebab parti. Tetapi sebab perwakilan. Perwakilan DAP yang masih belum lagi terbuka untuk menerima konsep kepelbagaian dalam DAP." kata Dr Agus kepada Antarapos. 
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melantik semula Senator Ariffin Omar bagi jawatan Naib Pengerusi parti hanyalah cubaannya untuk menutup malu calon Melayu sekaligus mengaburi mata rakyat dari terus dilabel sebagai sebuah parti yang rasis. 
"Bagi melambangkan imej pelbagai kaum itu, dia (Senator Ariffin omar) lantiklah wakil Melayu. Tetapi wakil Melayu dalam DAP itu tetaplah satu pembahagian yang sedikit dan minimum. 
"Dia cuba buang imej perkauman tetapi, pemilihan itu menunjukkan trend perkauman. Untuk menjaga imej berbilang kaum sahaja dan sebagai simbol yang tidak bernyawa, "ujarnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping