Selasa, Disember 18, 2012


Tak sangka ye. Rupanya nampak macam orang baik - baik. Tapi perangainya, Nauzubillah. Kalah perangai Kasanova. Suka betul dia bermain dengan janji.

Bila dah berjanji, tak reti pulak dia nak tunaikan. Tak padan dengan muka yang tak hensem tu pun ramai jugak wanita yang kecewa dengan dia.

Awas! Kepada ibu - ibu tunggal yang ada diluar sana. Jangan mudah sangat terpedaya dengan kata - kata lelaki ini. Dia memang seorang yang pembelit.

Cakap dia satu hapah pun tak boleh percaya. Yang dia nak hanya kuasa. Yang lain dia dah tak peduli dah. Bila dah dapat kuasa, yang lain dia dah tak peduli sangat.

Ilmu apa yang dia pakai tak tau la pulak. Tapi, rasanya ilmu penipu tu la jugak yang digunakan. Ilmu mulut manis ibarat macam ada tebu dihujung bibir. Siapa lelaki itu? Nah!!! Ini dia. Jangan terpedaya dengan dia!!!

SHAH ALAM 18 Dis. - Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas. 
Pengerusinya Murtini Kasman berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempersoal undi golongan ibu tunggal berkenaan pada PRU lepas, adalah terpesong daripada janji manifesto yang tidak menyebut langsung mengenai perkara itu. 
"Ini satu lagi putar belit, dulu janji kalau menang semua dapat bantuan tidak kira parti tetapi sekarang lain pula jadinya. Kenapa perlu persoalkan undi, bukankah undi itu rahsia. 
"Saya tidak nafikan ada yang tidak undi mereka tetapi sebagai kerajaan yang memerintah, sepatutnya bantuan diberi kepada semua yang layak seperti dijanjikan tanpa mengambil kira parti yang diundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Terdahulu, Murtini mengadakan pertemuan ringkas dengan wakil Pejabat Pilihan Raya Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu itu bersama kira-kira 30 anggota persatuan berkenaan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping