Selasa, Disember 18, 2012


Sadis beb. Kejam betul diorang ni. Kenapa la diorang ni beria - ia sangat nak hentam Si Foolziah tu? Tak kesian ke diorang dengan dia?

Dah la Si Foolziah tu pendatang Haram ke Negeri Pahang. Diorang buat pulak dia macam ni. Tak kesian ke? Kalau tanya Semut, memang tak kesian lansung!!!

Dah la datang merempat kat tempat orang, buat pulak kerja yang bukan - bukan. Kalau nak menolong tahan la jugak. Ini tidak. Asyik menipu je kerja dia. Tak de kerja lain.

Memang patut sangat la dia kena lenyek dek NGO - NGO kat Pahang ni. Baru la dia sedar diri sikit. Itu pun kalau dia sedar la. Kalau jenis tak sedar diri tu, payah la sikit. Yang pasti, dia sendiri cari penyakit. Sekarang, tanggung la sendiri!!!
Beberapa NGO di Pahang mendesak Fuziah supaya memohon maaf kepada LAMP berhubung kesilapan daripada pembohongan dan penyelewengan fakta tanpa asas saintifik mengenai kilang  memproses nadir bumi itu.

Mereka mahu Fuziah dan kumpulan anti-Lynas mencontohi portal berita Free Malaysia Today yang memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu pada Julai lepas.
   
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kuantan, Ezad Zainal berkata Fuziah perlu memohon maaf kepada Lynas dan seluruh rakyat Kuantan.
   
"Anggota Parlimen Kuantan itu telah mengetepikan kajian dan pendapat daripada pakar bertauliah yang mengesahkan keselamatan kilang memproses nadir bumi yang terletak di Gebeng.
   
"Tiada sebarang asas yang kukuh atas kenyataan-kenyataan Fuziah terhadap Lynas melainkan beliau hanya mencari sokongan politik dan bukan untuk kepentingan rakyat," katanya.
   
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Nasional (DAUN) turut mendesak Fuziah dan kumpulan anti-Lynas memohon maaf berhubung isu itu.

Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata pihaknya mendesak Fuziah
dan kumpulan anti-Lynas memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk Kuantan khasnya kerana dakwaan mereka sebelum ini turut tidak disokong dengan fakta saintifik.
   
Pengerusi Majlis Belia Kuantan Md Jamil Pauzi berkata, selain LAMP, Fuziah dan kumpulan anti-Lynas perlu memohon maaf kepada kerajaan negeri Pahang serta golongan belia dan rakyat Malaysia juga.
    
Setiausaha Kehormat Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang, Asmayudin Uyub berkata Fuziah seharusnya mengakui kesilapannya mempersoal projek Lynas tanpa asas saintifik.
   
"Beliau merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan sebagai pemimpin, jika melakukan kesalahan, beliau seharusnya mengakui kesilapan dan segera membuat permohonan maaf," katanya.   

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuantan Datuk Suffian Awang berkata para pengundi di kawasan parlimen Kuantan perlu bijak dalam menilai keupayaan sebenar Fuziah sebagai wakil rakyat.

"Sudah hampir sepenggal, apa yang dilakukan oleh Fuziah? Masalah penduduk setempat, hal-hal berkaitan penduduk, kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang mengatasinya, Fuziah pula sibuk berkempen dengan isu Lynas," katanya.
   
Beliau berkata apa yang dikesalkan, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang bertungkus lumus mengatasi masalah setempat, Fuziah pula dilihat seperti menangguk di air yang keroh.
   
"Saya melihat banyak isu yang dibangkitkan beliau selaku wakil rakyat di Kuantan, sedangkan isu-isu itu sedang dan telah ditangani MPK. Apabila pihak MPK menanganinya, beliau mendakwa itulah hasil daripada aduan atau perkara yang dibangkitkannya," katanya. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping