Selasa, Disember 18, 2012



“LEBIH setahun lamanya saya memegang status ibu tunggal sejak bercerai dengan bekas suami pada November tahun lalu. Kami bercerai secara baik kerana sudah tiada persefahaman lagi.

“Namun ramai tidak tahu mengenai status solo saya itu kerana tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai status saya kepada media sebelum ini. 

Justeru, ramai juga yang terkejut bila mendapat tahu berita saya berkahwin semula buat kali kedua,” kata personaliti TV3, Zakiah Anas. 


Mengulas isu tidak mengundang pihak media tempatan, kata bekas pengacara 999 ini, dia meminta maaf jika ada pihak media mahupun rakan yang mengenalinya berkecil hati kerana tidak diundang pada majlis pernikahannya itu. 

Baginya, majlis pernikahannya yang hanya dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat itu terlalu peribadi dan tidak perlu dihebahkan dengan keterlaluan.




“Saya sedar siapa diri saya. Zaman kegemilangan saya sebagai selebriti sudah pun berlalu dan saya anggap diri sudah tidak popular lagi dalam bidang hiburan tempatan. 

Sebab itu saya rasa tidak perlu untuk mengundang pihak media membuat liputan majlis pernikahan saya itu.



“Saya bukannya glamor lagi kerana sekarang lebih banyak terbabit dalam kerja belakang tabir produksi. Pada masa sama, ia majlis akad nikah, jadi kenapa perlu jemput ramai orang. 

“Saya pun bukan muda lagi sebaliknya sudah berusia 46 tahun dan ia juga perkahwinan kedua kami. Selain itu, saya juga perlu menjaga perasaan anak-anak kandung yang kini dijaga bekas suami,” katanya. 

Zakiah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan berstatus duda empat anak, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, dengan sekali lafaz di hadapan kadi Mohd Arip Johdi jam 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd Adnan Anas pada majlis pernikahan yang berlangsung Masjid Kota Damansara, di sini, tanggal 12 Disember lalu. 

Pada majlis ringkas tapi cukup bermakna itu, Zakiah yang anggun bertudung dengan busana warna putih rekaan butik pengantin milik rakannya Eiry Elegant Element Bridal sekali gus perancang majlis perkahwinannya turut menerima mas kahwin sebanyak RM13,500. 

Antara personaliti yang hadir memeriahkan majlis ialah teman rapatnya, Azizah Ariffin dan Azura Karim. 

Bagaimanapun, kata Zakiah, dia pasti mengundang pihak media tempatan pada majlis resepsi yang dijangka berlangsung pada pertengahan Januari nanti. 

Majlis resepsi yang berkonsep ‘Garden Wedding’ itu dijangka berlangsung secara sederhana di D’Saji Felda Villa, Kuala Lumpur. 

“Sepatutnya majlis resepsi dirancang pada tarikh 13 Januari nanti tapi terpaksa ditunda pada tarikh baru yang akan diputuskan kemudian. Saya juga tidak undang ramai selebriti kerana ia dijangka dihadiri kira-kira 450 orang saja nanti. 

“Begitu juga destinasi bulan madu, kami impi untuk bercuti di Eropah tapi semuanya masih dalam perancangan lagi,” katanya. 

Ps: Bila ada orang kahwin secara kecil - kecilan ni pun, ada jugak pihak yang tak puas hati. Yang buat kenduri besar - besar tu lagi la.

Tapi, yang kahwin secara senyap macam ni, tak de pulak pihak nak buat laporan Polis ye? Mana dia Ketua AMK, Si Sam Ketot tu? Dia tak nak mengadu dengan Polis ke pasal perkahwinan Zakiah Anas ni!!!

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping