Berita Pahang

Jumaat, Januari 25, 2013


"Ala. Mengaku je yang dia dah songeh. Habis cerita." Demikian luah seorang rakan SH semalam bila dia terbaca cerita ni dalam media.

SH tanya rakan SH tu, "Hah! Siapa pulak yang songeh tu? Si Khairy Jamaluddin ni ke atau Si Nasha Tantawi?" "Dah tentu - tentu la Si Nasha Tantawi tu," jawab sahabat SH.

"Kenapa pulak dia yang rasa songeh?" "Sebab iri hati la, sebab apa lagi. Selama ni diorang selalu tuduh UMNO ni sekutu Yahudi Israel."

"Tapi bila Datuk Najib pergi ke Palestin kelmarin diorang mula la hilang punca. Nak pulak bila PM disambut dengan tangan terbuka oleh rakyat Palestin."

"Lagi la buat diorang meroyan. Tambahan pulak, pemimpin yang diorang dok sokong tu memang jelas sekutu kuat Yahudi Laknatullah tu. Tu pasal la dia dengki," jelas sahabat SH.

Heh! Apa nak heran ye tak. Dah memang itulah perangai puak - puak Parti Angguk Saja ni pun. Parti tu dibina pun atas dasar PhD, Perasaan Hasad Dengki.

Jadi, memang pantang la kalau ada pemimpin lain yang lebih menonjol dari diorang. Maka timbul la perasaan dengki tu secara membuak - buak dalam jiwa diorang.

Nak pulak bila diorang tengok gambar - gambar PM bermesra dengan rakyat Palestin tu sebelum ini. Lagi la diorang merah mata. (Klik Kat Sini).

Mahu atau tidak, terpaksa jugak la diorang cari isu lain untuk dimainkan. Diorang saja buat isu kononnya Kerajaan Malaysia ni tak iktiraf pejuang Hamas.

Macam mana pulak diorang boleh cakap macam tu ek sedangkan Palestin sendiri dah menamakan Presiden Fatah sebagai Perdana Menteri diorang.

Dan Malaysia pun bukannya hanya mengiktiraf Fatah. Sebaliknya Malaysia tetap mengiktiraf seluruh rakyat Palestin, waima dia pejuang Hamas sekali pun.

Jadi tak payah la puak - puak Parti Angguk Saja tu nak jadi Batu Api pulak dok cucuk - cucuk orang itu dan ini. Dah kalau dasar dengki tu, dengki la jugak. Diorang tak mampu nak buat macam PM buat, itu pasal la diorang meroyan tak tentu arah!!!
TEMERLOH - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.
Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Lain

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping