Rabu, Januari 23, 2013



Oh. Itu je ke yang diorang takut? Takut PAS akan hilang undi dari kalangan minoriti Bukan Islam? Takut orang Bukan Islam tak nak mengundi PAS dalam PRU akan datang?

Maka, demi nak memenuhi tuntutan tersebut, diorang sanggup biarkan PAS gadaikan Islam? Sanggup Islam diperalat dan diperlekehkan?

Inilah mentaliti puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Nak pulak dari kalangan puak - puak DAPigs. Diorang bukan peduli sangat pasal Islam.

Tetapi sebaliknya, diorang lebih pentingkan undi dari nak menjaga keamanan serta kemakmuran rakyat Malaysia. Biar rakyat Malaysia ni kucar kacir. Suka la diorang.

Memang nampak sangat la yang puak - puak DAPigs ni sebenarnya saja nak memperkudakan puak - puak PAS tu je. Bukannya diorang ikhlas sangat pun nak berjuang bersama - sama!!! Pun orang PAS masih tak sedar diri? Haduyai!!!
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), PAS berisiko kehilangan undi bukan Islam pada Pilihan Raya 2013 kerana sekatan parti Islam itu dalam isu kalimah “Allah” dan dasar pengasingan jantina di Kedah dan Kelantan.

Beberapa pemimpin PR dan penggubal undang-undang mengakui kontroversi tersebut menjejaskan imej pakatan pembangkang itu menjelang pilihan raya pada Jun ini tetapi berharap dialog dan kebijaksanaan akan menumpulkan pengaruh konservatif dalam dasar PAS.

Hujung minggu lalu Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berjumpa dengan badan pembuat dasar parti tersebut, Majlis Syura, untuk mengubah keputusan perkataan Arab “Allah” tidak boleh diterjemahkan ke dalam atau diterjemahkan dari bahasa lain kerana ia khusus digunakan oleh umat Islam sebagai rujukan kepada Tuhan.
“Keputusan Majlis tersebut baru-baru ini perkataan ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat,” kata Karpal sambil menambah ia akan menjejaskan saudara Sikhnya kerana perkataan tersebut terdapat dalam kitab suci mereka, Guru Granth Sahib.

Sambil menegaskan pilihan raya semakin hampir, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS perlu berhenti “mencipta masalah” dengan mengeluarkan garis panduan mengenai kod pakaian wanita seperti yang berlaku baru-baru ini untuk Sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut.

Garis panduan tersebut telah pun diubahsuai untuk acara-acara kebudayaan tetapi mencetuskan reaksi di kalangan penduduk bukan Melayu dan telah menjadi satu isu kempen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Serdang DAP Teo Nie Ching telah mengecam PAS Kedah diatas garis panduan Tahun Baru Cina negeri tersebut dengan mengatakan dasar itu akan mensabotaj persiapan pilihan raya PR dan menyebabkan kehilangan sokongan kaum Cina.

Seorang pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan mengakui pendirian konservatif parti akan menjejaskan sokongan daripada pengundi bukan Islam.

“Terdapat kesan dan kita perlu kurangkan,” katanya, sambil menambah

golongan konservatif adalah puncanya kerana mereka menguasai kepimpinan tertinggi parti.

Pemimpin DAP dan PKR lain berwaspada tentang isu Allah dan ketetapan PAS yang telah menjejaskan bukan Islam di Kedah dan Kelantan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP Liew Chin Tong berkata sudah menjadi pengetahuan umum partinya dan PAS berpecah mengenai isu-isu tersebut walaupun beliau tidak bercakap tentang kesan daripada dasar PAS.

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping