“Eh, Mira... dengar sini! Kau sepatutnya rasa bersyukur dan berterima kasih sebab ada juga orang yang nakkan kau. Lagi satu, ramai-ramai anak gadis kat kampung ni, Mail pilih kau untuk jadi teman hidupnya.
Kalau kau nak tahu, ramai anak gadis kat kampung ni tersua-sua muka mereka supaya dilamar oleh tuk ketua.” Lantang suara Mak Milah. Kecut hati, kecut perut dan kecut perasaan Amira.
“Untung kau, Mira... dapat anak Tuk Ketua Kampung Pinang Sebatang yang kaya-raya tu.” Norhayati menyampuk. “Kalau macam tu, kau saja yang jadi menantu Tuk Ketua Leman tu! Aku tak ingin pun nak jadi menantu orang kaya,” marah Amira menyinga ke arah Norhayati.
Mak Milah menjeling tajam ke arah Amira. Anak yang seorang ini memang kuat melawan. “Masalahnya, Mail tu tak nakkan aku. Lagipun aku dah ada boyfriend.”
Ketawa Yati membuatkan Amira lagi sakit hati. “Hah... kalau dah ada boyfriend tu kahwin sajalah, kenapa suruh aku pulak yang kahwin?”
“Tentang aku, kau tak payah risau. Petik saja jari adalah yang datang. Masalah yang kita nak bincang sekarang ni kau. Sementara Mail tengah dok tergila-gilakan kau ni, elok sangatlah kau terima dia. Kalau tidak kempunan nanti nak berlaki.”
“Eh... Cik Yat Yit Yok, jaga mulut kau! ALLAH itu Maha Mendengar, jangan sombong dengan kecantikan yang ALLAH pinjamkan untuk kau. Sekali kau berperasaan sombong dan riak, habis segala pahala dan kebaikan kau ditelannya, reti?
Umpama api yang memakan sekam.” Amira menyudahkan kata dengan ayat sufinya.
“Amboi, amboi... sedapnya bercakap tentang pahala dan dosa. Sedarlah diri tu sikit! Kau dok melawan cakap mak tu tak berdosa? Dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.” Norhayati tetap berlawan cakap dengan Amira, walaupun belum tentu menang.
“Sudah, sudah, jangan nak bertekak! Hasil perbincangan ialah, esok rombongan peminangan dari Tuk Ketua Leman akan datang, dan mak akan terima pinangan tu!” Tegas arahan Mak Milah, macam arahan tuan general.
“Ini tak adil!” Amira memberontak lagi. “Apa yang tak adilnya?” Pening kepala Mak Milah. “Dengan Cik Yat Yit Yok yang merapu ni, mak beri dia peluang untuk tentukan pilihan sendiri. Tapi dengan Mira, bukan main mak paksa-paksa, hah... mana keadilannya?
Jangan pandangku sebelah mata.” “Sebab tulah mak tanya, kau ada teman lelaki ke, tak?” Norhayati menyampuk.
Mak Milah mengangguk tanda setuju. Amira terbonyok macam tempoyak busuk. Sakit hatinya tak tahu nak digambarkan lagi. “Sampai hati mak buat anak mak macam ni.” Nada suara Amira bertukar sedih.
“Mira, sebenarnya mak ni bukanlah nak paksa sangat kau kahwin, tapi si Mail tu nak sangat kat kau. Bila tuk ketua datang merisik untuk si Mail tu, mak jadi serba salah. Mak tak mampu nak tolak sebab mengenangkan budi mereka sekeluarga pada kita selama ni memang tak terbalas.”
“Oh... jadi untuk membalas budi mereka, Mira pula yang terpaksa gadai body! Macam tu?” “Bukan macam tu, Mira... mak mana yang nak tengok anaknya menderita.
"Mak buat macam tu sebab mereka dari keluarga yag baik-baik, beragama, berketurunan, berharta dan lain-lain lagi. Jadi, mak rasa kalau kau tolak pinangan mereka, samalah seperti menolak segala rezeki yang ada di hadapan mata kau.”
Ps: Kisah ni banyak lagi. Kalau korang nak baca cerita penuh, baca la kat Sinar Harian Online. Tapi sebelum tu, klik kat sini dulu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.