Emm... biar pun dah agak lama Si Ostazah Pening tu jadi pencacai Parti Angguk Saja ni, tapi masih jugak ada pihak yang keliru dengannya.
Betul ke dia masuk parti yang KONONnya memperjuangkan Islam? Betul ke dia masuk parti yang nak menegakkan hukum Islam di Malaysia ni?
Kata dia, parti dia masuk tu boleh menjanjikan sorga. Betul ke? Siapa yang dapat bagi jaminan tersebut? Dia ke yang boleh jamin orang masuk sorga tu?
Nah! Macam - macam lagi persoalan yang boleh dibangkitkan mengenai parti yang Si Ostazah Pening tu masuk sebenarnya. Meh kita baca dengan lebih lanjut:
FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM
Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik
FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASASebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.
“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.
FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?
“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” -Hassan Ali.
FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKANHasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.
Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.
FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWTDalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - BroJinggo
Kesimpulannya: Jangan taksub sangat dengan parti yang kita nak sokong ni. Waima PAS ke, UMNO ke, tak perlu taksub. Jangan jadi jumud dan rasa diri tu bagus sangat dari orang lain!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.