Sabtu, Februari 02, 2013


Sebelum ini, SH ada bagi peringatan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang tu supaya diorang jangan terlalu gembira dengan TS Musa Hassan ni.

Peringatan tu sebab TS Musa Hassan ni bukan macam diorang. Dia ada perancangan dia secara teliti dan perlu dilihat secara mendalam.

Masa tu, diorang beria - ia sangat percaya dengan apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Musa. Beria - ia diorang jadikan ayat TS Musa tu sebagai tangkal azimat.

Diorang jadikan kata - kata TS Musa tu sebagai modal untuk diorang berpolitik. Sekarang macam mana? Diorang nak percaya tak dengan apa yang disebut oleh TS Musa ni?

Diorang tak nak jadikan kata - kata TS Musa ni sebagai bahan azimat lagi ke? Tak nak diorang politikkan perkara ni dikalangan ahli - ahli diorang?

Tak nak diorang jaja pulak apa yang diucapkan oleh TS Musa ni kepada rakyat? Atau, adakah diorang akan buat dakwaan yang bukan - bukan?

Itulah. SH dah cakap dah. Tapi, diorang tak nak dengar. Sekarang, rasakan. Apa lagi yang diorang nak kata? Jangan diorang tuduh TS Musa ni ikut telunjuk UMNO pulak sudah la!!! Hari tu diorang jugak yang beria sangat sokong!!!
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.

Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kalau ahli2 PAS ingin melihat Hadi Awang menjadi PM sekiranya PR menang, penyokong PAS di Permatang Pauh jangan beri undi kepada Anwar di Permatang Pauh. Kan senang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping