Jumaat, Mac 15, 2013


Macam yang SH katakan semalam, perangai anak Si Sos Tiram III ni memang sebijik sangat dengan perangai Si Ostazah Pening tu. Dua - dua ada laman twitter.

Tapi, laman twitter tu dibuka hanya untuk mengecam dan mengutuk Kerajaan Malaysia. Diorang bukak akaun kononnya dengan harapan untuk menagih simpati.

Namun, dalam tak sedar, lain pulak yang diorang dapat. Apa yang diterima bukan simpati dari rakyat. Tapi kecaman dari rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Mana tak kena kecam beb. Dah diorang setakat pandai bukak akaun twitter je. Lepas tu dok kutuk dan hina orang sambil duduk goyang kaki atas kerusi empuk.

Yang tentera pencoroboh milik Si Sos Tiram III tu pulak, hari - hari terpaksa lari untuk menyelamatkan diri masing - masing. Semua sebab terikut sangat arahan Si Sos Tiram tu.

Jadi, siapa yang tak bengkak beb bila tengok perangai haramjadah serupa macam tu. Dah la diorang duduk kat atas kerusi empuk. Satu hapah kerja pun tak buat. Setakat main twitter je kerjanya, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.

Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.

Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : "Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah... Sabah tidak pernah menjadi milik anda!"

Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : "Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata."

Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : "Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!" 

Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping