Jumaat, Mac 15, 2013

Menggelupor PKR Dibuatnya!!!
Halamak ai!!! Kan betul apa yang SH nyatakan sebelum ni. Kehadiran Si Wong Tick-Tack dalam persada Politik semasa bukannya membawa sebarang keuntungan.

Jangan kata kepada rakyat. Malah dikalangan Pakatan Pembangkang pun dia hanya bawak musibah yang berpanjangan. Semuanya akibat nafsu dia yang tak terkawal.

Hanya semata - mata dia terlalu teruja nak jadi calon untuk bertanding dalam PRU yang akan datang telah membuatkan masalah dalam Pakatan semakin buruk.

Sebelum ini, Si Wong Tick-Tack tu telah membuat pengumuman bahawa dia akan mewakili DAPigs untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong.

Mengharapkan berita tu menjadi satu berita gembira buat puak - puak Pakatan, akhirnya membawa musibah yang lebih besar. Ianya mengakibatkan mereka jadi makin tertekan.

Realitinya, pengumuman Si Wong Tick-Tack tu tidak disambut dengan baik oleh beberapa pimpinan Pakatan Pahang kerana ianya melangkaui Majlis Pimpinan Negeri.

Pengumuman tersebut hanya dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan nama DAPigs semata - mata dan membelakangkan komponen Pakatan yang lain.

Akibat dari pengumuman itu juga telah membuatkan PKR menjadi kian terdesak dan terpaksa mengumumkan calon mereka secara tergesa - gesa.

Kekalutan PKR membuat pengumuman itu jugak mendapat kecaman hebat dari rakan kongsi mereka dalam Pakatan terutama PAS yang menyifatkan ianya tidak wajar.

Berikut keterangan dari salah seorang pemimpin Pakatan yang jelas tak berpuas hati dengan perkembangan terkini yang berlaku di Pahang:
Menurut seorang pemimpin PR, amatlah tidak wajar Zaidi membuat pengumuman kerana beliau sebelum ini sudah "meletakkan jawatannya" dari PKR Pahang. "Kenapa tiba-tiba Zaidi tampil membuat kenyataan demikian dan bukannya Dato' Dauzi (Pengerusi PKR Pahang)?
Malah, kenapa sidang media itu diadakan tanpa dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain?
Bahkan saya juga hairan, kenapa kerusi bertindih yang berstatus quo pun PKR kata milik mereka seperti Parlimen Temerloh, DUN Teruntum, Damak, Lanchang dan sebagainya... 
Mengapa buat kenyataan tanpa berbincang dan merujuk pimpina PR yang lain.. kenapa memandai-mandai.. sedangkan parlimen belum pun dibubarkan", kata beliau.
Nah!!! Belum pun memerintah, belum pun dapat kuasa, diorang dah mula beramuk sesama sendiri. Dah mula dah diorang tak puas hati. Macam tu ke diorang nak memerintah nanti?

Yang paling memalukan, bila persoalan ini diajukan kepada pimpinan yang lebih tinggi, semua menafikannya. Semua hanya menggelengkan kepala.

Nak nafi apa lagi? Pekung didada tu dah terserlah. Tak payah susah - susah nak sorok - sorok dah. Semua orang dah nampak. Malah nanah kat badan tu dah pecah. 

Baunya tak mampu ditutup dengan daun pisang. Jadi, mengaku je semua ni salah sendiri. Tak reti nak kawal nafsu, memang ini la padahnya. Baru diorang tau langit tinggi rendah. Sekarang, menggelupor la diorang dibuatnya!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping