Heh! Kali ni, SH tak nak letak gambar Si Mak Lampir tu. Kalau letak kang, nampak sangat huduhnya. Kot gambar betul atau gambar lain sama je.
Apa yang pasti, berita ni sampai kepada orang. Itu sahaja yang penting. Bak kata orang putih, "Don't Judge The Book By Its Cover".
Kalau itu pun orang tak paham, tak tau la SH nak kata apa. Yang pasti, Si Mak Lampir tu memang berniat nak mengelakkan diri dari menjawab isu pasal surat ni.
Persoalan masih lagi bermain diminda rakyat. Terutama sekali dikalangan ahli - ahli PKR sendiri. Kenapa Si Mak Lampir tu tak ambik tindakan?
Sebelum ini, Si Mak Lampir tu tampil dan menafikan bahawa Si Penulis Surat tu adalah Setiausaha Politik dia. Bermakna, Si Mak Lampir tu kata Si Fareez tu menipu.
Kalau dah Si Fareez tu menipu, kenapa Si Mak Lampir tu tak ambik tindakan dan saman je dia? Kenapa dia hanya sekadar menafikan sahaja?
Kebiasaannya, kalau ada mana - mana pihak yang buat dakwaan sedemikian, diorang awal - awal lagi dah ambik tindakan. Belum pejabat bukak, surat saman dah ada dalam tangan.
Saman pulak bukan sikit - sikit. Berjuta - juta pulak tu. Nak pulak kalau pihak media yang Pro Kerajaan buat. Lagi la 'berselak' diorang nak saman.
Nak pulak kalau yang siarkan surat tu pihak Utusan atau TV3. Dah tentu - tentu Si Mak Lampir tu akan saman. Tapi, kenapa dia tak berani saman Si Fareez tu?
Kan heran tu? Gamaknya, Si Mak lampir tu takut kot. Mana tau. Kalau dia saman Si Fareez tu nanti, makin banyak pulak rahsia dia yang akan didedahkan. Masa tu, nak tutup kemaluan pakai daun pisang pun dah tak boleh. Memang telanjang la dia dibuatnya!!!
KUALA LUMPUR 13 Mac - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.
Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.
Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.
''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.
''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.