Hah! Itu satu soalan yang cukup menarik untuk diajukan kepada Si Ostazah Pening tu. Selama hari ini, dia setakat pandai bercakap dan main twitter je.
Malah, para pemimpin kesayangan dia jugak dok buat benda yang sama. Kritik sana sini, tapi kerja satu hapah pun diorang tak buat. Setakat bercakap je la yang diorang mampu.
Sekurang - kurangnya, orang macam Remy Ishak ni ada jugak la benda yang nak dibanggakan. Walaupun bukan dia sendiri yang pergi, tapi ada jugak waris dia yang terlibat. Berbakti pada Negara. Puak - puak haramjadah tu apa dapat? Setakat bercakap je la!!!
Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.
Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.
“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,” katanya kepada mStar Online.
Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.
Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat," katanya.
Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.
"Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.