Peringatan! Lepas korang baca artikel dibawah ni, jangan pelik pulak kalau puak - puak Pakatan tu akan mendabik dada kononnya ini semua perjuangan diorang.
Walhal, diorang tak de buat apa - apa pun. Setakat mampu menyalak atas pentas dan buat demo tak tentu arah je kerjanya. Lepas tu, menabur fitnah yang bukan - bukan.
Sekarang, SH nak ingatkan kepada mana - mana pihak yang menyokong sangat perjuangan Si Mazlan Pemalas tu. Jangan korang telan air liur bila member dapat esok sudah la!!! Siapa suruh diorang ikut sangat Si Mazlan Pemalas tu!!!
KUANTAN - Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, Barisan Nasional Negeri Pahang juga turut menyediakan manifesto tambahan sebagai akurjanji kepada rakyat.Manifesto itu merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan rakyat terutamanya bagi menyedeiakan kawasan perumahan kepada rakyat.Diantara yang dijanjikan oleh BN Negeri ialah untuk menyediakan Rumah Mampu Milik bagi mereka yang berpendapatan bersama sebanyak RM 5,000 ke bawah sebulan.Rumah yang disediakan bernilai diantara RM 60,000 hingga RM 200,000 sebuah. Ianya bakal disediakan sebanyak 15,000 unit dalam tempoh lima (5) tahun.Selain itu, Barisan Nasional Negeri juga turut memberikan Hakmilik Tanah kepada semua lot kediaman yang berada dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh Negeri.Tidak ketinggalan juga manfaat kepada anak - anak Generasi Kedua Peneroka Felda dimana mereka akan disedikan rumah dikawasan - kawasan Felda.Bagi penduduk - penduduk Kampung Tradisional, Kampung - Kampung Baru, dan Penempatan Orang Asli turut akan dibina rumah bagi mengembang luaskan lagi kawasan masing - masing.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.