Isnin, Julai 29, 2013



Sangat memalukan! Pendedahan ahli DAP dan Laporan Ekuiti sekaligus telah mencemar dan memalukan parti DAP dan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP.




Yang terbaru ialah kenyataan Guan Eng yang seolah-olah marah apabila Khairy Jamaluddin dan Utusan Malaysia mengkritik filem pro-komunis The New Village. Padahal ramai rakyat yang bangkit mengutuk keras filem tersebut. MiM akan siarkan kenyataan balas Khairy Jamaluddin tentang omongan anak Kit Siang itu.

Apa pun, dengan wujudnya The Equity Report oleh sahabat Kit Siang itu, sudah tiba masanya untuk Kit Siang dan Guan Eng meletakkan jawatan sebelum memburukkan lagi parti DAP yang sudah dihina dan hilang maruahnya dek kesilapan undi pemilihan CEC DAP.

Apakah Lim anak beranak akan menjawab atau mendiam diri seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng?



Atau Lim anak beranak mengambil pendekatan mengkritik Utusan Malaysia di atas laporan tersebut tetapi tidak pula meyentuh Augustus Chen sama seperti modus operandianak beranak itu mengkritik akhbar tersebut tetapi tidak menyentuh Syen Yee Aun yang merupakan sumber kepada pendedahan Red Bean Army?

Sila baca : 

Ahli DAP mahu parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan tidak membiarkan parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang.

Beliau berkata, pemimpin DAP dilihat lebih senang membiarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan CEC Disember lalu. - SETERUSNYA...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping