Sabtu, Julai 27, 2013


Nampak gayanya, memang itulah yang sedang dilakukan pada ketika ini. Dari apa yang SH dengar, memang sekarang ni wujud gerakan membunuh Presiden.

Dikalangan pemimpin tertinggi PAS pada ketika ini dilaporkan mengalami masalah yang cukup kronik dengan Hadi Awang kerana beberapa sebab dalaman.

Maka dengan itu, mereka terpaksa menghapuskan Hadi Awang seawal mungkin sebelum menjelang muktamar PAS yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Desas - desus yang bertebaran sekarang ini ialah mengenai penglibatan Anak Menantu Hadi Awang didalam pentadbiran PAS yang tidak digemari oleh beberapa pihak.

Nak pulak mereka yang terdiri dari kalangan Profersional dan yang Pro Anwarinas didalam PAS. Mereka semua memang tak sehaluan dengan Hadi Awang.

Ada juga sumber SH yang memberi tahu bahawa wujud konflik kepimpinan terhadap Presiden PAS ni berpunca dari PKR. Mereka mengatur gerak untuk menggulingkan Hadi.

Salah satu sebab yang dijadikan alasan ialah kemampuan Hadi Awang untuk merampas kerusi Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya merampas Putrajaya.

Sewaktu isu itu dibangkitkan sebelum ini, Hadi Awang dilihat tidak memberikan respon positif terhadap cadangan yang dibuat oleh perwakilan PAS.

PKR melihat, pendirian Hadi Awang seolah - olah syok sendiri dengan saranan yang dibuat oleh perwakilan PAS itu dan seterusnya menolak Si Ketua Penipu tu ke tepi.

Tidak mustahil sekiranya perkara itu dilakukan oleh PKR memandangkan wakil mereka didalam PAS kini semakin hari semakin besar pengaruhnya.

Nak pulak sejak PAS sering kali dijadikan kambing hitam selepas beberapa siri rampasan kuasa tidak mendapat sambutan dari kepimpinan PAS sendiri.

Kita perlu ingat! Tragedi 16 September yang dijanjikan oleh Si Ketua Penipu tu dulu pun dipersalahkan atas bahu Hadi Awang kerana kurang memberi kerjasama.

Dan baru - baru ini pula, PAS seolah - olah membelakangkan Himpunan 'Blackout 505' sehingga dianggap sebagai 'Pengkhianat' terhadap perjuangan Pakatan.

Pendirian PAS terhadap keputusan PRU baru - baru ini jelas ternyata berbeza dan tidak senada dengan mereka yang lain dalam Pakatan.

PAS menerima kekalahan dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T sedangkan PKR serta DAPigs mati - matian menolak keputusan tersebut.

Jadi, tak heran jika sekarang ni memang wujud gerakan untuk membunuh Hadi Awang dari dalam PAS sendiri. Kalau itu pun Hadi Awang masih tak sedar, penyudahnya nanti ada jugak yang jadi Nelayan akhirnya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Lepas nik Aziz memang patutlah hadi awang diketepikan. Apakah hebatnya HA kalu hanya menjadi punca perpecahan Islam/Melayu (kafir-mengkafir)yang hingga sekarang tak berani dia tarik balik. HA jugalah yang kedepan bagi menghalalkan kristian menggunakan Kalimah Allah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping