Anwar nampaknya tidak peduli sama ada dari segi teknikalnya Perlembagaan PKR tidak pernah menyebut kewujudan jawatan Ketua Umum seperti itu.
Namun yang penting ialah Anwar akan kelihatan dan kedengaran seperti sesuatu yang “besar” dalam parti. Maka tinggallah presiden PKR yang sah, Wan Azizah Wan Ismail menggigit jari.
Tuduhlah Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak demokratik dan sebagainya, namun Anwar tidak pernah menghiraukan tuduhan seumpama itu akan terpalit pada diri dan partinya.
Anwar mahu kedudukan politiknya sedemikian kerana jawatan itu tidak perlu ditandinginnya kerana ia tidak wujud.
Hanya terpulang kepada budibicara presiden untuk meyakinkan Majlis Pimpinan PKR bahawa jawatan itu perlu dan wajib diwujudkan.
Dalam keadaan ini adalah sah bahawa PKR yang mendakwa parti itu memperjuangkan demokrasi dan keadilan, sebenarnya sudah tidak berlaku adil pada ahli-ahlinya.
Ada ahli (Anwar sendiri) boleh diizinkan membolot hak lebih daripada ahli lain. Anwar Ibrahim dan isterinya, adalah dua contoh cemerlang akan rekod tidak demokratiknya PKR.
Demikianlah cara hidup dan halatuju PKR – semuanya untuk mengisi keperluan dan kepentingan Anwar dan keluarganya. Namun adakah keadaan ini akan terus menjadi ciri politik istimewa dalam perjuangan PKR?
Pada penghujung 2010 PKR cuba mempamerkan sisi demokrasinya dengan menganjurkan pemilihan pimpinan melalui perwakilan di peringkat cabang.
Hasilnya amat menggusarkan. Bertimbun laporan dan dakwaan bahawa berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam pemilihan itu.
Akibatnya, salah seorang daripada tiga calon Timbalan Presiden, Datuk Zahid Ibrahim merajuk dan keluar parti.
Seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub mengemukakan laporan berhubung ketidaktelusan pemilihan. Semuanya ditolak.
Sepatutnya hujung tahun ini PKR mengadakan pemilihan pucuk pimpinan sekali lagi. Namun sebaik selesai pilihanraya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, parti itu memutuskan pemilihan ditangguhkan. Mungkin ini bagi “mengubat luka” mimpinya untuk menjadi parti pemerintah sudah berderai.
Namun hakikatnya jika berlaku persaingan dalam parti sudah pasti ia akan mengancam kewujudan PKR sendiri. Ini kerana dalam PRU ke-13, banyak perbalahan dalam parti yang menunjuk kepada keretakan lebih besar pasti berlaku jika pemilihan terus diadakan.
Ps: Huh! Tak heran la kalau Si Ketua Penipu tu suka sangat wujudkan jawatan 'Hantu' dalam Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini. Rupanya, dia la BAPAK segala HANTU dalam PKR!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.