Jika kita baca kenyataan Si Karpal Whilchar dibawah, memang nampak sangat la yang dia ni cuba nak mencetuskan provokasi terhadap Si Ketua Penipu tu.
Sebab, sebelum ini orang buat desakkan khusus kepada dia dan juga Si Ketua Penipu tu untuk mengishtiharkan harta mereka masing - masing.
Sekarang, Si Karpal Whilchar tu kata dia sanggup berbuat demikian. Jadi persoalannya, adakah Si Ketua Penipu tu juga sanggup buat benda yang sama?
Jangan Harap la!!! Paling tidak pun, Si Ketua Penipu tu akan keluarkan alasan yang memang tak masuk akal. Dia akan suruh orang lain buat dulu. Lepas tu baru dia buat.
Tu pun kalau dia berani la. Tapi rasanya, Si Ketua Penipu tu sampai ke mati pun tak sanggup buat apa yang dituntut oleh rakyat. Kot kalau dia mampu pun, masih lagi ada muslihat lain.
Kalau dia penuhi tuntutan rakyat tu, kemungkinan pada ketika itu semua aset yang dia miliki sudah pun dipindah milik kepada isteri dan anak - anak dia.
Jadi, tak de guna jugak kalau orang nak desak dia istiharkan harta dia!!! Kalau nak suruh Si Ketua Penipu tu benar - benar telus, suruh dia istiharkan semua harta yang dia dan keluarga dia miliki!!! Itu baru betul orang boleh kata Anak Jantan!!!
Pengerusi DAP, Karpal Singh bersedia mengisytiharkan hartanya sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menetapkan tarikh untuk semua ahli Parlimen berbuat demikian.
Menurutnya, pengisytiharan harta hanya akan dibuat atas permintaan kerajaan negeri, bukan atas desakan mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
"Saya tidak akan layan apa-apa tuntutan atau desakan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan bagi mengisytiharkan harta saya. Saya tidak mempunyai masa untuk memberi respon.
"Ini adalah pendirian saya yang jelas. Saya sedia tunggu tarikh untuk mengaudit harta jika ketua menteri tentukan tarikh," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri, Ranjit Singh Dhilon mendesak Karpal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta masing-masing.
Langkah itu katanya bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin itu daripada dikaitkan dengan surat misteri yang diedarkan kepada penduduk Permatang Pauh dua minggu lalu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.