Berikut SH paparkan jawapan balas dari Ahli Parlimen Temerloh mengenai isu yang dibangkitkan dalam Surat Terbuka sebelum ini.
SH tak nak ubah apa - apa yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Temerloh tu. Tinggal lagi, SH nak tanya korang sendiri. Manusia jenis apa Si Ahli Parlimen Temerloh ni?
Orang dah bantu dia, pun dia masih jugak nak tikam orang tu dari belakang. Duit orang dia ambik dan kemudian kata duit tu duit dia sendiri.
Dan dalam masa yang sama, dia menghasut rakyat supaya membenci orang yang membantu dia tu sedangkan orang tu bantu bukan untuk dia sebenarnya.
Orang bagi bantuan tu untuk rakyat. Cuma ianya disalurkan kepada dia sebagai pengantara sahaja. Maka, apa hukum yang sewajarnya kita berikan kepada orang macam dia ni kalau bukan jenis manusia yang munafik!!!
1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh.
Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru - baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan - rakan. Wang deposit pilihanraya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.3. Selepas pilihanraya , saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel. Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya , dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.[ cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak dah 6 orang, dah tak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu .... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insyaallah saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh. ]4. Saya sangat mengalu - alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan ... saya terima dengan terbuka , [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.